Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia

Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia
link : Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia

Baca juga


Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia

TREND adaptasi novel ke kaca TV atau layar perak terus mendapat sambutan ramai dan mendorong ramai penerbit  mendapatkan novel berkualiti untuk diadaptasi.

Bagi syarikat Aanomalous Films, novel Biniku Ninja karya Azlan Andi menarik perhatian mereka.

Pengarahnya, Syed Fariz berkata, karya itu juga adalah kisah benar penulis dan isterinya Sabatini.

“Apatah lagi naskhah ini amat popular dan diminati ramai hingga ke Indonesia. Atas faktor itu jugalah menarik minat kami untuk adaptasi Biniku Ninja ke kaca TV,” katanya kepada Media Hiburan.

Berkongsi mengenai drama 20 episod ini kata Syed Fariz, produksi itu menjalani penggambaran di Eropah selama 45 hari melibatkan beberapa bandar di tiga negara iaitu Perancis, Belgium dan Belanda.

“Semasa di Perancis kami menjalani penggambaran di Cannes, Nice dan Paris manakala di Belgium, kami menjalani penggambaran di Ghent, Bruges, Brussels dan Antwerp dan terakhir di Amsterdam, Belanda,” jelasnya.

Tambah Syed Fariz, mereka ke sana seramai 22 orang iaitu lima pelakon dan selebihnya krew dan mereka saling memahami dan bekerjasama.

“Saya senang dapat bekerja dengan Jihan Muse dan Ungku Hariz. Mereka berbakat dan sangat profesional. Mereka selalu buat homework untuk watak masing-masing.

“Malah sebelum penggambaran kami duduk bersama untuk berkenalan dengan Azlan dan Sabatini. Dari situ Jihan dan Ungku Hariz dapat maklumat tentang karakter sebenar mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya,  atas faktor logistik dan kewangan, pihaknya terpaksa mengubah beberapa fakta dari novel.

“Misalnya, Azlan dan Sabatini belajar di United Kingdom tapi kami ubah ke Perancis dan Belgium untuk memudahkan penggambaran.

Tampil kelainan

Syed Fariz berkata, drama ini juga menunjukkan bagaimana kehidupan susah senang pelajar Malaysia di Eropah.

“Kita dapat melihat bagaimana pasangan yang berkahwin muda belajar erti bercinta selepas berkahwin.

“Kebanyakan kita akan bercinta dahulu sebelum berkahwin, tapi Azlan dan Sabatini merasai pengalaman yang tak ramai dapat kecuali pada orang dulu-dulu.

“Juga kita dapat menghargai maksud kenapa Islam menggalakkan umatnya mengembara dan berjalan kerana muka bumi ALLAH ini tersangat luas dan banyak rahsianya,” jelasnya.
Selain Jihan dan Ungku Hariz, drama ini turut dibintangi Mark Adam, Zain Hamid, Aziz M Osman, Aida Khaleda dan Chew Kin Wah.

Biniku Ninja berkisarkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke United Kingdom setelah mendapat tawaran menyambung pengajian ijazah dalam aliran seni.

Dalam kesibukannya belajar, Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis berniqab bernama Sabatini ketika terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar.

Selepas tiga minggu Azlan menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar dan banyak perkara yang terpaksa ditempuhi bersama.

The post Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swBRah

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia

Sekianlah artikel Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biniku Ninja diminati hingga ke Indonesia dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/biniku-ninja-diminati-hingga-ke.html

Subscribe to receive free email updates: