Terap nilai murni melalui hiburan santai

Terap nilai murni melalui hiburan santai - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terap nilai murni melalui hiburan santai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terap nilai murni melalui hiburan santai
link : Terap nilai murni melalui hiburan santai

Baca juga


Terap nilai murni melalui hiburan santai

YASIN Sulaiman dikenali sebagai penyanyi dan komposer, namun dia bijak merencana pembabitannya menerusi penyertaan pelbagai misi kemanusiaan.

Tampil berbeza, selebriti berusia 41 tahun ini muncul dengan single khas, Yaseen menerusi projek kemanusiaan, O’mankind.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu berkata, projek kemanusiaan itu membabitkan budaya dan kesenian Islam serta siri jelajah dari masjid ke masjid di seluruh negara.

“Projek ini bukanlah berfokus kepada keuntungan semata-mata sebaliknya menerapkan nilai murni melalui hiburan santai kepada masyarakat setempat.

“Ia juga bertujuan menarik golongan muda mengimarah masjid berhampiran melalui gerakan budaya,” cerita Yasin kepada Media Hiburan.

Tidak keseorangan, katanya, lagu itu menyaksikan kolaborasi dengan penerbit, Farihin Abdul Fatah, rapper popular, Altimet dan penyanyi Muslim kelahiran Amerika Syarikat iaitu Barakah.

Kata Yasin, uniknya lagu yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi itu menampilkan tiga bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Yasin yakin lagu itu akan menjadi sebuah lagu hebat seperti Alhamdulillah versi milenium.
Pada masa sama, Yasin juga hadir dengan single terbarunya, Dialah ciptaan bersama Faizal Tahir dan Ezra Kong, yang disifatkan sebagai karya interbudaya yang mempunyai maksud  sangat mendalam dan mempunyai pelbagai interpretasi.

Lebih menarik, katanya, video klip lagu itu menampilkan pelakon, Adam Corrie beraksi melalui persembahan koreografi unik yang menggabungkan seni taichi dan silat.

“Dialah sudah mula dimainkan di radio dan klip video juga sudah dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube sejak 31 Mei lalu. Alhamdulillah, penerimaan peminat juga sangat memberangsangkan,” katanya.

Dedikasi lagu untuk rakan

Tidak hanya mempergiatkan seni solo, Yasin turut mempertaruhkan single terbaru, Dua Malaikat menerusi kumpulan nasyid kontemporari, Brothers.

Jika sebelum ini, Ramadannya hanya ‘lebih kurang’ saja tapi tahun ini katanya, banyak projek terbaru yang berlaku secara kebetulan.

Jelasnya, lagu itu didedikasikan untuk rakan mereka yang juga ahli kumpulan Brothers, Allahyarham Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 6 Oktober tahun lalu.

“Kini, kita (Brothers) hanya tinggal bertiga selepas kematian mengejut Salleh tahun lalu,” ujar Yasin.

Tambahnya lagi, sebelum meninggal dunia, Salleh sebenarnya dalam proses menerbitkan sebuah lagu namun Tuhan lebih sayangkannya, jadi projek itu terbengkalai seketika.

Justeru, atas rasa tanggungjawab, Yasin mengambil keputusan menyiapkan lagu berjudul Dua Malaikat selepas bekerjasama dengan InTeam.

GGV semarak industri nasyid

Sebagai antara penggerak lagu-lagu keagamaan, Yasin berpendapat, Gema Gegar Vaganza (GGV) membantu menyemarakkan kembali industri nasyid tanah air yang semakin malap.

Tambah Yasin, program itu dapat membantu memartabatkan kembali muzik nasyid di negara ini.

“Sambutan peminat terhadap program ini juga sangat luar biasa,” katanya yang bakal meraikan Aidilfitri di Kajang.

Bagaimanapun, pelantun lagu Salsabila ini menolak menyertainya jika secara solo tetapi bersedia menimbangkannya jika anggota Brothers yang lain bersetuju turut serta.

The post Terap nilai murni melalui hiburan santai appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9f5TF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Terap nilai murni melalui hiburan santai

Sekianlah artikel Terap nilai murni melalui hiburan santai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terap nilai murni melalui hiburan santai dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/terap-nilai-murni-melalui-hiburan-santai.html

Subscribe to receive free email updates: