Judul : 1MDB: DoJ Dakwa, Failkan Saman Sivil Guna Fakta Munasabah !
link : 1MDB: DoJ Dakwa, Failkan Saman Sivil Guna Fakta Munasabah !
1MDB: DoJ Dakwa, Failkan Saman Sivil Guna Fakta Munasabah !
Bagaimanapun, ia juga memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan terhadap mereka yang dinamakan dalam dokumennya, bersalah atau sebaliknya. DoJ memberitahu Malaysiakini melalui e-mel: “Undang-undang menghendaki kami mendedahkan fakta cukup terperinci untuk mewujudkan kepercayaan munasabah yang kami akan menang dalam perbicaraan.
“Ini bermakna kita perlu memberi fakta mencukupi untuk menunjukkan kepercayaan munasabah yang undang-undang pengubahan wang haram dan jenayah lain di Amerika Syarikat tidak dipatuhi serta aset subjek terbabit atau dikesan kepada transaksi haram ini.
“Tambahan, aduan itu memberi butiran mencukupi untuk secara khusus mengenal pasti harta tertakluk kepada pelucuthakan dan untuk memperjelaskan asas kes kerajaan, jika sesiapa yang mempunyai tuntutan sah ingin mencabar kes kami.
Mengenal pasti orang dan entiti dapat membantu fungsi itu.” Malaysiakini berkata, DoJ membalas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang DoJ membayangkan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, dengan mengaitkan beliau kepada berlian yang didakwa dibeli menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB, walaupun ia tidak berniat merampas barang kemas itu.
“Tidak perlu buat kesimpulan mengenai status individu atau entiti hanya kerana nama mereka dinyatakan dalam dokumen itu,” kata DoJ. Khamis lalu, DoJ menerusi saman sivil terbaru yang difailkan di California berkata, sejumlah AS$4.5 bilion (kira-kira RM19 bilion) didakwa diseleweng daripada 1MDB. Oleh itu, mereka mahu merampas aset berjumlah AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion) di AS dan tempat lain yang didakwa diperolehi menerusi dana diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan mewah, kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi.
Ia berhasrat memulangkan wang itu kepada Malaysia kemudian. Dokumen lebih 250 muka surat itu turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1 berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai 2016, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion. DoJ memberitahu Malaysiakini, ia tidak mahu merampas barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “MO1”.
Rahman tahun lalu menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai orang yang dimaksudkan sebagai “Malaysian Official 1” (MO1). Najib dan 1MDB secara konsisten menafikan sebarang salah laku. Menteri di negara ini dan pihak pengurusan 1MDB dilaporkan berkata, tiada wang yang diseleweng daripada sayap pelaburan strategik kerajaan itu.
Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku, tahun lalu. Low turut mendakwa beliau tidak bersalah. DoJ dalam kenyataan terbarunya berkata, ia mahu merampas dan mengembalikan aset kira-kira AS$540 juta “dikaitkan dengan satu konspirasi antarabangsa untuk menggunakan dana yang diseleweng daripada sebuah dana kekayaan Malaysia”.
Menurutnya, bersama saman sivil yang difailkan pada Julai 2016, untuk merampas aset lebih AS$1 bilion, dan saman sivil difailkan minggu lalu untuk menyita aset kira-kira AS$100 juta, kes ini merupakan tindakan terbesar di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi. Aset yang kini tertakluk kepada pelucuthakan dalam kes ini berjumlah hampir AS$1.7 bilion.
Kenyataan DoJ itu memetik pemangku timbalan peguam negara AS, Kenneth Blanco, sebagai berkata: “Wang ini membiayai cara hidup mewah mereka yang terlibat dengan mengorbankan kepentingan rakyat Malaysia. “Kami kekal dengan komitmen untuk memastikan AS bukan tempat selamat bagi kleptokrat dan individu korup menyembunyikan kekayaan atau wang mereka yang diperolehi secara haram, dan aset yang diperolehi akan dikembalikan kepada mangsa.”
Ia turut memetik pemangku peguam daerah tengah California, Sandra R Brown sebagai berkata: “Kes ini membabitkan berbilion dolar yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat Malaysia, sebaliknya ia digunakan sebilangan kecil individu untuk ketamakan mereka.
“Pelonggaran dana 1MDB telah dilakukan dengan pembohongan palsu dan urus niaga palsu yang dibawa oleh peguam yang berdedikasi dan ejen penguatkuasa undang-undang yang terus bekerja dalam perkara ini. “Kami tidak akan membenarkan Amerika Syarikat menjadi tempat di mana individu-individu yang korup boleh mengharapkan untuk menyembunyikan aset dan membelanjakan perbelanjaan yang sangat berguna untuk faedah rakyat negara-negara lain.
“Penyelewengan dana 1MDB dilakukan melalui penipuan dan urus niaga palsu yang diketengahkan peguam dan ejen penguat kuasa undang-undang berdedikasi yang terus berusaha dalam perkara ini.
“Kami tidak akan membenarkan AS menjadi tempat untuk individu korup menyembunyikan aset dan membelanjakan wang yang sangat berguna untuk faedah rakyat negara lain.” #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 1MDB: DoJ Dakwa, Failkan Saman Sivil Guna Fakta Munasabah !
Sekianlah artikel 1MDB: DoJ Dakwa, Failkan Saman Sivil Guna Fakta Munasabah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 1MDB: DoJ Dakwa, Failkan Saman Sivil Guna Fakta Munasabah ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/1mdb-doj-dakwa-failkan-saman-sivil-guna.html