Judul : 'Allah SWT sayangkan dia'
link : 'Allah SWT sayangkan dia'
'Allah SWT sayangkan dia'
“Dia ada hubungi saya Selasa lalu dan beritahu akan buat latihan penerbangan di Kuantan dan minta saya doakan dia selamat.
“Saya nasihat, supaya jaga diri. Saya kata jika terjadi apa-apa saya tidak sanggup menerima jasadnya dalam keadaan berkecai biar elok sempurna, tetapi dia hanya berdiam diri," kata Hanizah Ibrahim, 70, ibu Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, selepas majlis pengebumian anak bongsunya itu di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, hari ini.
Menurutnya, Allahyarham memang bercita-cita mahu menjadi juruterbang sejak kecil dan cita-citanya itu tercapai.
"Kami tidak pernah menghalang dia jadi juruterbang, Allah SWT sayangkan dia, kami sekeluarga reda,"katanya.
SHAMSUL Shahreen Isa. FOTO Nabihah Kamal
Sementara itu, Mejar Shamsul Shahreen Isa, 37, yang sama-sama melapor diri dengan Allahyarham pada 1998 di TUDM berkata, dia tidak menyangka perkara itu terjadi kepada sahabatnya yang juga jurulatih juruterbang.
"Dia mempunyai pengalaman sebagai jurulatih selama enam tahun dan sudah berkhidmat dalam TUDM selama 19 tahun.
"Sedih apabila dia yang juga seorang daripada 16 rakan yang sama laporkan diri pergi meninggalkan kami," katanya.
Seorang lagi rakan Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Goh berkata, Mejar Yazmi seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.
"Kami mengajaknya makan tetapi dia menolak kerana ingin menyelesaikan tugasnya untuk melatih Fixer (Mejar Mohd Hasri Zahari).
"Mesej terakhirnya adalah 'nanti jumpa', tidak sangka itu kali terakhir berhubung dengannya," katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa pada 12.45 tengah hari, hari ini.
Mejar Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Mohd Hilmi dan enam anak lelaki berusia antara 3 hingga 11 tahun.
Update nahas Hawk 108
Berita berkaitan
• 'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'
• Dah jumpa lokasi Hawk 108?
• Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan
• Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]
• Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang
• Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan
• Dibawa ke rumah waris pagi esok
• Tolong hormati keluarga mangsa
• Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA
• Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini
• Perginya mereka di bulan mulia
• Jumpa payung terjun
• Kronologi Hawk 1996-2006
• Pesawat TUDM terputus hubungan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sG4Dph
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 'Allah SWT sayangkan dia'
Anda sekarang membaca artikel 'Allah SWT sayangkan dia' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/allah-swt-sayangkan-dia.html