Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS

Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS
link : Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS

Baca juga


Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS

 
Oleh Dr Azman Ibrahim
 
UMNO BN pandai mencipta pelbagai penyakit untuk rakyat. Bila rakyat mengeluh dan mengadu kesakitan, lantas mereka sediakan ubat penahan sakit (pain killer) untuk meredakan kesakitan seketika.

Rakyat yang sedang kesakitan berterima kasih atas ubat yang diberi. Bagusnya kerajaan yang prihatin dengan aduan rakyat.

Selepas itu Umno datangkan pula penyakit baru. Sekali lagi rakyat mengeluh dan sekali lagi pain killer dihulur lalu sekali lagi kerajaan menerima ucapan terima kasih. Bukan setakat tangan pemimpin yang memberi ubat dicium, malah dicium sampai ke siku.

Penyakit bawaan Umno BN terlalu banyak malah sebahagiannya sudah membarah sehingga tak mampu lagi diubati.

Rasuah, penyelewengan, kelemahan tadbir urus, kronisme dan nepotisme, pemborosan, hutang luar negara yang terus meningkat, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, pelbagai beban cukai mengelilingi rakyat, pemimpin hidup dengan kemewahan melampau dan pelbagai lagi wabak penyakit-penyakit yang pelik.

Mangsa utama kepada wabak yang merebak ini adalah rakyat bawahan. Merekalah yang paling terkesan dengan pelbagai 'sign and symptom' penyakit. Tubuh rakyat yang lemah diserang wabak penyakit hampir tak berdaya lagi untuk melangkah. Tapi mereka terus berusaha untuk melangkah walau dalam kepayahan.

Orang sakit majoritinya akan merintih dan mengeluh. Kalau tak mampu sembuh, sekurang-kurangnya ada ubat yang mampu meredakan sedikit kesakitan.

Situasi rakyat yang menagih ubat penahan sakit inilah yang amat digemari oleh Umno BN. Lantas mereka datang dengan pelbagai bentuk dan aneka warna pain killer.

Ada pain killer yang namanya BR1M, bantuan hari raya, bantuan awal persekolahan, bantuan sara hidup nelayan, bantuan sara hidup penoreh getah, bonus setengah bulan gaji menjelang hari raya, dana bakti remaja, sedepa dua projek menurap jalan kampung, turunkan harga minyak 7 sen walaupun ketika naiknya 20 sen dan pelbagai lagi jenis pain killer.

Maka selepas diambil pain killer, kesakitan yang ditanggung akan rasa lega untuk satu dua jam.
Hilang kesan ubat, rasa sakit akan kembali menyerang. Lalu ubat tahan sakit ditagih lagi dan pemberi ubat datang lagi. Begitulah seterusnya. Jangan bagi orang sakit ini sembuh. Bila sembuh maka situasi ini bahaya bagi Umno BN  kerana rakyat tidak lagi bergantung kepada pain killer.

Tapi kita perlu tahu, pengambilan ubat penahan sakit untuk secara berterusan untuk jangka waktu yang lama akan mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan lalu menjejaskan kesihatan untuk tempoh jangka panjang. Paling bahaya bila jadi ketagih ubat penahan sakit.

PAS datang dengan membawa ubat alternatif untuk menyembuhkan dan mengajak rakyat untuk membina kesejahteraan hidup dengan 'ubat Islam'. Memang diakui, bila seseorang dah terlalu biasa dengan pain killer, agak sukar juga pesakit nak percaya bahawa penyakit mereka itu ada
penyembuhnya. Sangkaan mereka derita ini akan ditanggung sampai mati berbekalkan ubat penahan sakit sahaja. Kita perlu yakinkan mereka akan keberkesanan 'ubat Islam' ini dalam merawat wabak bahaya bawaan Umno. Kalu lok jadi koho paroh!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS

Sekianlah artikel Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/antara-pain-killer-umno-dengan-ubat.html

Subscribe to receive free email updates: