Judul : Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel
link : Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel
Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel
BEIRUT – Kumpulan militan Daesh hari ini mendakwa bertanggungjawab menikam sehingga mati seorang polis Israel di luar Kota Lama Baitulmaqdis.
Menurut laporan, ia adalah kali pertama kumpulan pelampau mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di Israel.
Militan itu dalam satu kenyataan berkata, tiga penyerang Daesh menyasarkan sebuah perhimpunan Yahudi dalam operasi semalam.
Tiga penyerang itu dibunuh polis Israel.
Kumpulan itu memberi amaran serangan berkenaan bukan yang terakhir.
Polis wanita yang ditikam itu cedera parah dan meninggal dunia di hospital. Beliau dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Hadas Malka, 23.
Kejadian berlaku pada Jumaat minggu ketiga Ramadan ketika puluhan ribu rakyat Palestin dari timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat menunaikan solat di perkarangan masjid Al-Aqsa. – AFP/myMetro Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txa7zp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel
Anda sekarang membaca artikel Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/daesh-dakwa-tikam-polis-wanita-israel.html