Judul : DAP Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Umum Calon
link : DAP Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Umum Calon
DAP Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Umum Calon
MIRI – DAP Sarawak membuat keputusan untuk tidak mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pujut kerana menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung perkara itu, esok.
Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata beliau dimaklumkan pasukan peguam parti itu pagi ini bahawa hakim perbicaraan, Datuk Douglas Primus Sikayun, akan mengumumkan keputusannya pada 9 pagi esok.
“Demi menghormati proses mahkamah, kami akan tangguh dulu pengumuman mengenai calon,” katanya kepada pemberita di pejabat DAP Miri di sini hari ini.
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar MahkamahTinggi Kuching pada 7 Jun bagi mencabar pemecatannya oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Pada 12 Mei, Dr Ting dilucut kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri bagi melucut kelayakan beliau kerana didakwa mendapat taraf warganegara Australia pada 2012. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8cbjA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel DAP Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Umum Calon
Anda sekarang membaca artikel DAP Sarawak Tunggu Keputusan Mahkamah Umum Calon dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/dap-sarawak-tunggu-keputusan-mahkamah.html