Dilema Seorang Anak

Dilema Seorang Anak - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilema Seorang Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilema Seorang Anak
link : Dilema Seorang Anak

Baca juga


Dilema Seorang Anak

Dilema Seorang Anak

Assalamualaikum. Ini kali pertama saya menulis di sini dan sejujurnya, saya tak pandai macam mana nak luahkan apa yang saya rasa selama ni. Berdasarkan tajuk, kisah ini adalah kisah keluarga saya.

Saya ada keluarga yang bahagia. Semuanya sempurna. Parents ada lagi dan tiada cacat cela. Semuanya bermula tahun lepas. Beberapa hari sebelum saya nak sambung belajar, saya dapat tahu ayah saya telah berkahwin lain. Saya keliru dan saya tak tahu apa yang saya nak buat. Saya dapat tahu pun lepas saya terbaca coversation antara ayah dan ibu saya.

Saya tak mampu nak berkata apa2. Saya diamkan diri saya sampailah sekarang. Dah genap setahun sejak saya tahu yang ayah saya dah kahwin lain. Hati anak mana yang tak remuk kan. Tambah lagi hati ibu saya.

Dalam tempoh setahun tu, kadang2 mak tiri saya ada datang ke rumah saya. Nak jumpa ayah. Setiap kali dia datang, saya rasa marah yang teramat sangat. Tapi saya pendam. Pendam selagi boleh. Oh ya, saya ada adik tiri seorang, Mira. (bukan nama sebenar)

Ada satu hari tu, seminggu sebelum start puasa. Mira call rumah saya. Sebelum ni pun mak tiri saya pernah call and tanya pasal ayah. Tapi haritu Mira yang call. Waktu tu hanya ada saya dan 2 adik lelaki saya. Sorang adik saya sekolah menengah and sorang lagi sekolah rendah. Berbalik pada call Mira tadi, saya yang cakap dgn dia. Dia tanya pasal ayah saya so saya cakap ayah saya keluar dgn ibu.

Tiba2 Mira tanya saya, Ayah tak pernah cakap apa2 ke pasal Mira kat akak?. Saya cakapla takde. Saya boleh agak yang dia nak bgtau saya perkara sebenar. And yes, betul. Dia cakap, Oh, akak taktahu ke ayah dah kahwin lain?. Allah saje yang tahu betapa perit dan remuknya hati saya waktu tu. Seberat mana saya tahan, jatuh juga air mata saya. Saya masih lagi cakap dgn dia. Saya cakap pada dia yang saya dah tahu semua benda dan saya mintak dgn dia supaya jangan sesekali call rumah saya lagi. Sbb saya takut adik2 saya yang angkat, lagi2 yang kecik tu.

Dia kata dia tak janji tapi dia nak minta tolong saya. Dia minta tolong saya mintak ayah saya ceraikan mak dia. Daripada rasa sedih saya bertukar rasa marah sangat. Dahla mak dia yang kahwin dgn ayah saya. Sekarang masalah diorang saya pulak yang kena. Saya tahu ni salah ayah saya jugak. Terus terang saya marah ayah saya. Tapi perasaan kecewa dan sayang tu lebih tebal dari perasaan marah. Apa2 pun, dia tetap ayah saya and sepanjang tempoh dia kahwin lain tu, sekali pun dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia. Macam takde apa yang berlaku.

Berbalik pada call tadi tu, saya cakap kat Mira yang saya tak boleh janji nak tolong dia. Siapa saya nak musnahkan rumahtangga orang walaupun saya tak setuju dgn perkahwinan tu. Sejak dari tu, Mira tak pernah call lagi. Dia pun dah janji takkan bagitau ayah yang saya dah tau perkara tu.

Minggu ni, saya dapat tahu yang mereka dalam proses penceraian. Tapi tu pun saya tak pasti sebab semua tu saya dapat tahu berdasarkan conversation whatsapp ibu dgn ayah saya. Tapi ada satu conversation lain yang menarik perhatian saya. Ibu dgn mak tiri saya. (saya tahu salah baca ws orang tapi i cant help it) Dia minta maaf pada mak saya dan dia rasa dia berdosa sebab dah hancurkan keluarga saya katanya. Saya hormat dia sbb dia minta maaf dan sedar akan kesalahan dia. Berdasarkan conversation tu jugak, saya dapat tahu yg saya dah kantoi. Mak tiri saya dah bgtau ibu dan ayah (maybe) pasal saya yang saya dah tahu perkara sebenar. Tapi parents saya pun buat taktahu je. Maybe taknak panjangkan cerita dan sejujurnya, saya lagi selesa macamni. Saya taknak rasa janggal dgn parents saya. Mmg ibu saya pernah tanya, ada ke mak tiri saya call lagi. Tapi saya pun cakaplah takde. So sekarang ni saya sendiri taktau apa keadaan sebenar. Sama ada ayah saya masih lagi bersama mak tiri saya ataupun dalam proses penceraian.

Sekarang, masalah kedua. Maaf panjang. Saya perasan yang ibu saya selalu tanya saya tentang English. Saya rasa pelik, mungkin sebab trauma la kot. LOL. So saya check messenger ibu saya. (sekali lg saya tahu salah tapi apa nak buat kan, maaf ya) Ada seseorang yang chatting dgn ibu saya. Orang putih, maybe american. Saya pernah baca disini tentang sindiket yang menipu nak dapatkan duit tu. Ibu saya berkeras cakap dkt dia jangan hubungi dia lagi sebab dia dah berkahwin and dah ada anak. Lelaki tu cakap okay.

Tapi sekarang ni, saya takut sangat. Takut sesuatu yang tak elok akan terjadi pada keluarga saya. Oleh itu, saya nak minta pendapat awak semua tentang masalah saya ni. Saya juga nak minta tolong doakan agar tiada apa2 yang akan terjadi kepada keluarga saya. Amin. Saya dah penat hidup dalam kepura-puraan sampai kadang2 saya taktau betul ke saya bahagia ataupun tidak. Itu je yang saya nak ceritakan. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya (kalau ada) dan saya minta maaf kalau cerita saya ni tunggang langgang. Sekian. Assalamualaikum.

Ikha

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tueLOS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Dilema Seorang Anak

Sekianlah artikel Dilema Seorang Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilema Seorang Anak dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/dilema-seorang-anak.html

Subscribe to receive free email updates: