Judul : Ibu Zulfarhan geram mahu tatap sendiri wajah 5 pembunuh Zulfarhan, biar mereka lihat kemarahannya
link : Ibu Zulfarhan geram mahu tatap sendiri wajah 5 pembunuh Zulfarhan, biar mereka lihat kemarahannya
Ibu Zulfarhan geram mahu tatap sendiri wajah 5 pembunuh Zulfarhan, biar mereka lihat kemarahannya
Ibu pegawai kadet laut yang mati didera teringin menatap sendiri wajah lima tertuduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Hawa Osman, 54, berkata beliau ingin melihat muka mereka yang didakwa membunuh anaknya sebagai tanda marah dan geramnya, lapor Harian Metro.
“Saya mahu menatap wajah mereka dan membiarkan mereka melihat kemarahan dan kegeraman saya terhadap mereka.
“Sampai hati mereka mendera anak saya hingga sedemikian rupa. Apakah mereka ini bukan manusia dan tiada perasaan simpati?
“Apakah punca kejadian ini hingga arwah diperlakukan sedemikian rupa, didera dengan penuh kejam?” katanya.
Semalam lima siswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pada bulan lalu.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai akibat ditekap seterika wap.
Reda dengan kematian itu, Hawa bagaimanapun menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu merentap hasrat Zulfarhan berjaya dalam hidup.
Hawa berkata anaknya cedera parah dengan 80 peratus kesan melecur tahap dua dan tiga di hampir keseluruhan depan dan belakang badan anaknya.
Beliau mahu pembelaan sewajarnya terhadap kematian anak sulungnya itu dan berharap tertuduh menerima hukuman setimpal.
“Mereka tidak rasa apa-apakah ketika menyeksa anak saya sedemikian rupa?” kata pegawai pentadbiran SMK Aminuddin Baki itu.
“Mereka kejam, saya harap pihak berkuasa kekal mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
Katanya, sepatutnya tertuduh menghantar anaknya mendapatkan rawatan apabila dia mengalami kecederaan tetapi mereka tidak berbuat demikian.
“Mereka kejam, tidak berhati perut dan membiarkan arwah kesakitan akibat perbuatan mereka,” katanya lagi.
Sumber: Projek MMO
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCL6RZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Ibu Zulfarhan geram mahu tatap sendiri wajah 5 pembunuh Zulfarhan, biar mereka lihat kemarahannya
Anda sekarang membaca artikel Ibu Zulfarhan geram mahu tatap sendiri wajah 5 pembunuh Zulfarhan, biar mereka lihat kemarahannya dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/ibu-zulfarhan-geram-mahu-tatap-sendiri.html