Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT
link : Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

Baca juga


Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tidak pernah bersetuju dengan sebarang unsur diskriminasi dan buli terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LBGT).

Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha sikap melabel, mengutuk, menghina dan mengeji serta mengambil kesempatan ke atas komunti itu boleh dianggap ekstrem dan melampaui batas.

“Sikap seperti ini adalah bercanggah dengan semangat kemasyarakatan yang mengutamakan pendekatan nasihat dan menasihati serta berpesan untuk mengikuti kebenaran yang bersandarkan neraca agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata Jakim juga bersikap objektif dengan tidak menaruh prejudis ataupun menghukum kepada komuniti tersebut.

 

Katanya, Jakim ingin mengajak sesiapa sahaja di kalangan komuniti yang mahu memperbaiki kehidupan masing-masing boleh menyertai mana-mana program yang disediakan dalam usaha menjalani kehidupan yang mengikut neraca syariat.

“Bagi Jakim, mana-mana perlakuan yang menyanggahi syariat, perlu diingatkan samada dalam bentuk tindakan perundangan atau pun dakwah yang berterusan kepada pelakunya,” kata beliau.

Othman berkata perjuangan atas nama hak kebebasan dan hak persamaan dalam isu LGBT hanyalah ‘kosmetik’ yang nampak cantik pada luaran tetapi rosak pada dalaman.

“Ia tidak menyelesaikan masalah sebenar yang melibatkan penyimpangan tabii golongan LGBT.

“Perkara yang lebih utama adalah tuntutan kehidupan yang berteraskan syariat Islam dan ini selari dengan semangat perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata Jakim sentiasa melakukan usaha yang berterusan dalam menyantuni komuniti tersebut di negara ini.

“Contohnya, program Mukhayyam yang dihadiri secara sukarela dengan tujuan untuk mendekatkan komuniti dengan masyarakat dan golongan agamawan bagi mengurangkan stigma terhadap komuniti,” katanya.

Beliau berkata Jakim turut melaksanakan aktiviti usrah dan kelas pengajian al-Qur’an dalam usaha menambah ilmu pengetahuan di kalangan komuniti serta perkongsian pengalaman dengan rakan sebaya serta rasa empati sesama komuniti.

“Pada setiap kali Ramadan, iftar bersama komuniti juga diadakan sejak 2011, namun ia bukanlah ruang untuk memperjuangkan hak yang tidak selari dengan syariat, tetapi untuk kembali menepati kehendak agama,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFQ0zc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT

Sekianlah artikel Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jakim tegaskan tak bersetuju dengan diskriminasi dan buli terhadap golongan songsang LGBT dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/jakim-tegaskan-tak-bersetuju-dengan_91.html

Subscribe to receive free email updates: