Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!

Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!
link : Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!

Baca juga


Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!

loading…
loading…
Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!

Tindakan seorang lelaki membawa Fluffy, kucing kesayangan ramai menaiki motosikal di lebuh raya telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya di Facebook dan pencinta haiwan comel itu.
Ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘comel’ untuk dilihat, ada juga yang memuji ‘kesopanan’ Fluffy menaiki kenderaan. Tetapi ada juga yang tidak setuju Fluffy diperlakukan sebegitu. Mereka bimbang sesuatu tidak diingini berlaku ke atas Fluffy kerana ‘malang tidak berbau’.
Ini menyebabkan pemiliknya, Afiq Shazwan On, 27, terpaksa menjawab komen-komen peminat yang marah dengannya di laman Facebook Fluffy.
Fluffy adalah seekor kucing baka Parsi, berusia dua tahun dua bulan, mempunyai akaun Facebook sendiri dan setakat ini mempunyai lebih 50,000 pengikut.
Setiap aktiviti atau aksi comelnya akan dimuat naik oleh Afiz Syazwan hampir setiap hari, bagi menghargai peminat setia Fluffy, termasuklah video Fluffy dibawa menaiki motosikal bersamanya yang kemudiannya tular baru-baru ini.
“Jangan bimbang, Fluffy dah biasa naik motosikal macam tu. Dia pernah ke Johor dan Kuantan, pernah beberapa kali ikut saya balik kampung di Ipoh, malah pernah ke Thailand.
“Bila naik motor, Fluffy seronok bermain dengan angin, tak suka duduk dalam bakul sebab badannya besar dan akan meronta-ronta bila dipakaikan ‘harness’, itu lebih membahayakan dirinya, ” katanya kepada mStar Online.

                        

Menurut Afiq Shazwan, beliau positif apabila ditegur oleh netizen, tetapi mempunyai alasan dan pendirian sendiri untuk mempertahankan apa yang dilakukannya.
“Orang tak kenal atau ikut Fluffy di Facebook memang akan marah, tapi tolonglah jangan minta perkara buruk berlaku kepada saya atau Fluffy.
“Saya faham Fluffy dan sayangkannya, sudah pasti saya juga tak mahu perkara tak baik berlaku,” katanya.
Jelasnya, Fluffy sudah dilatih sejak kecil dan biasa bertenggek di bahunya ketika beliau menunggang motosikal.
Katanya, jika keluar bersantai, beliau akan membawa motosikal pada kelajuan 40 hingga 50km/jam dan 120km/jam jika berjalan jauh.
“Kalau berjalan jauh saya akan berhenti di setiap kawasan R&R (rehat dan rawat) untuk pastikan Fluffy OK.
“Untuk elakkan Fluffy bosan atau penat, ada masa saya letak ‘dia’ di bahu, kemudian tukar letak dalam beg khas,” katanya.

               

Mengimbas bagaimana Fluffy begitu teruja dan selesa berada di bahunya ketika menaiki motosikal, juruteknik ini berkata, ia berlaku tanpa dirancang.
“Saya tak ada kereta. Ada sekali tu barang dalam bakul motosikal penuh saya terpaksa letak Fluffy di bahu saya, sejak itulah Fluffy suka naik motosikal,” katanya.
Afiq Shazwan berkata, beliau juga mempunyai dua ekor kucing lagi iaitu Baby dan Adik, tetapi kucing-kucing berkenaan tidak gemar menaiki motosikal seperti Fluffy.
Katanya, satu-satunya masalah apabila Fluffy dibawa menaiki motosikal jika hujan tiba-tiba turun.
“Bulunya tebal, susah nak kering kalau kena hujan,” katanya.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je! appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyllnd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je!

Sekianlah artikel Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jalan-jalan Naik Motor? Fluffy OK Je! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/jalan-jalan-naik-motor-fluffy-ok-je_16.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :