Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan

Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan
link : Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan

Baca juga


Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan

KUALA LUMPUR – Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.

Katanya fitnah yang disebarkan melalui media sosial itu dilihat sebagai salah satu bentuk ‘peperangan’ yang mampu mengganggu gugat sesebuah negara.

“Bagi melebar luas anasir-anasir kotor mereka, media sosial telah dijadikan senjata utama mereka untuk mengelirukan serta mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.

“Natijahnya orang yang difitnah terus menjadi mangsa dan masyarakat akan dimomokkan dengan perkara tidak benar,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2017 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.

Justeru beliau menyeru rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan putar belit yang diadakan di media sosial sebaliknya meneliti kesahihan fakta yang dilemparkan serta menyiasat kebenaran sesuatu cerita.

Rosmah berkata sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia harus menyediakan rakyat yang merupakan ‘thinking society’ atau ‘masyarakat berfikir;.

Dalam majlis itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyerahkan 20,000 bungkusan berupa set Nasi Beriani kepada anggota yang akan bertugas di perbatasan pada Aidilfitri ini.

“Saya amat kagum dengan kesiapsiagaan para anggota keselamatan tanpa mengira waktu dan tempat dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka dengan semangat patriotik yang jitu.

“Diharap dengan pemberian ini, anggota yang terlibat dapat mengingatkan suasana hari raya apabila bertugas di perbatasan nanti,” katanya.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; isteri timbalan menteri pertahanan Datin Seri Maziah Mohd Hashim dan isteri panglima angkatan tentera Puan Sri Norlida Abdul Mubin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan isteri Datin Seri Zaharah Che Hussain. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swtPy8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan

Sekianlah artikel Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Mudah Percaya Fitnah Sengaja Diadakan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/jangan-mudah-percaya-fitnah-sengaja.html

Subscribe to receive free email updates: