Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing

Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing
link : Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing

Baca juga


Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing

KUANTAN – Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 ketika menjalani sesi latihan semalam, dibawa menaiki pesawat untuk dikebumikan di kampung masing-masing pagi ini.

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, diterbangkan berasingan dengan menaiki pesawat EC725 dan Charlie C130H pada 8.15 dan 9 pagi tadi dari Pangkalan TUDM Kuantan sambil diiringi anggota keluarga mereka.

Jenazah Mohd Hasri dibawa pulang ke Felda Lui Muda, Jempol Negeri Sembilan, manakala jenazah Yazmi pula dibawa ke Pangkalan TUDM Subang sebelum dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa.

Lebih 200 anggota dan pegawai daripada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia turut berada di Pangkalan TUDM sejak awal pagi bagi memberi penghormatan terakhir terhadap kedua-dua mangsa.

Sebelum itu jenazah kedua-duanya dimandi dan disolatkan berasingan di Surau Al-Taqwa, Pangkalan TUDM Kuantan sejurus tiba dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 5.45 pagi, sebaik urusan bedah siasat selesai pada 5.15 pagi.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuantan Mejar Mohd Zaki Kassim dengan disertai kira-kira 200 anggota keluarga, pegawai dan kakitangan badan beruniform itu.

Jenazah Mohd Hasri atau dikenali sebagai ‘fixer’ dalam kalangan anggota TUDM dan Yazmi sebagai ‘caser’ dibawa menaiki dua van jenazah dan diiringi anggota polis trafik, kenderaan rasmi TUDM serta kenderaan yang membawa anggota keluarga mereka dari HTAA.

Turut kelihatan di surau, isteri Mohd Hasri, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan anak tunggal mereka Nur Hafiya, tujuh bulan, serta isteri Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak mereka, Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, Mika Adden Riaz, 4, Mika Ayman Riaz, 4, dan Musa Akhtar Riaz, 3.

Kesemua mereka yang kelihatan tenang ketika mengiringi kedua-dua jenazah menaiki pesawat berasingan.

Keranda kedua-dua jenazah turut dibalut dengan Jalur Gemilang dan bendera TUDM. Pegawai serta anggota TUDM kelihatan beratur bagi memberikan penghormatan terakhir ketika van yang membawa jenazah meninggalkan perkarangan surau.

Yazmi dan Mohd Hasri terkorban selepas pesawat Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Jasad mereka ditemukan pada 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter daripada satu sama lain dan masih memakai payung terjun masing-masing.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi, sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan setengah jam kemudian. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svgXIB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing

Sekianlah artikel Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah 2 Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Masing-Masing dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/jenazah-2-juruterbang-diterbangkan-ke.html

Subscribe to receive free email updates: