Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi

Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi
link : Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi

Baca juga


Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi

JEMPOL – Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Hawk 108 semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda dekat sini pada kira-kira 10.30 pagi ini.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Felda Lui Timur dengan diimamkan imam masjid itu Mohd Rawal Md Isa, dan turut disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada penduduk kampung dan anggota TUDM.

Turut hadir mengiringi jenazah ialah Panglima Bantuan Udara TUDM Leftenan Jeneral Datuk Wan Normazlan Che Jaafar, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang Datuk Jalaluddin Alias dan ADUN Sungai Lui Wan Mohd Razi Mohd Ali.

Allahyarham Mohd Hasri meninggalkan isteri, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan seorang anak perempuan, Nur Hafiya, 8 bulan.

Perkarangan rumah ibu bapa Mohd Hasri dipenuhi penduduk kampung dan kira-kira 300 anggota TUDM daripada pangkalan Subang dan Labuan, bagi memberikan penghormatan akhir kepada Allahyarham.

Mohd Hasri dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Jasad mereka ditemukan pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Jenazah Yazmi,39, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFvK3Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi

Sekianlah artikel Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/jenazah-mejar-mohd-hasri-selamat.html

Subscribe to receive free email updates: