Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian

Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian
link : Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian

Baca juga


Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian

KOTA KINABALU – Kaedah menternak ikan keli spesies Afrika oleh seorang pengusaha di Kampung Limadang, Membakut, kira-kira 79 kilometer dari sini, terutama dari segi penyediaan makanan ternakan menarik perhatian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ternakan secara kecil-kecilan yang diusahakan Nurliza Mait Abdullah cuma menggunakan bahan-bahan asas tempatan seperti daun ubi, tepung dan kepala ikan bilis sebagai formula penyediaan makanan ternakannya yang bukan sahaja murah malah boleh meningkatkan margin pendapatan pengusahan berkenaan.

“Saya tertarik dengan modal perniagaan oleh Puan Nurliza dalam mengendalikan ternakan ikan air tawar khususnya keli dan tilapia. Saya belajar sesuatu hari ini kerana beliau mengendalikan dua tiga perkara penting dalam rangkaian nilai industri ini.

“Bukan sahaja (ternak) ikan tetapi juga membuat induk untuk menghasilkan anak-anak ikan. Lebih menarik, Puan Nurliza telah mencipta sendiri makanan ikan yang dianggap lebih murah dan kompetatif dengan menggunakan bahan-bahan tempatan, termasuk daun ubi, tepung dan juga kepala ikan bilis sebagai sumber makanan ikan ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kolam ternakan ikan keli Nurliza di Kampung Limadang, Membakut hari ini. Turut mengiringi lawatan beliau ialah Menteri Luar yang juga Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut Ahmad Shabery, satu daripada cabaran utama yang dihadapi petani yang terlibat dalam sektor industri ternakan ikan di negara ini ialah penyediaan makanan ternakan yang menggunakan bahan asas seperti jagung dan kacang soya serta perlu diimport.

Justeru katanya, pihak kementerian akan menghantar satu pasukan untuk mengkaji formula yang digunakan Nurliza bagi meneliti bagaimana kaedah berkenaan boleh dikembangkan untuk digunakan secara meluas malah untuk mempatenkan formula itu jika perlu.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata masa depan industri akuakultur di Sabah, termasuk industri ternakan ikan air tawar, begitu cerah kerana kawasan perairan Sabah yang luas serta masih bersih.

Katanya pada masa ini Sabah merupakan antara negeri pengeluar hasil akuakultur terbesar di negara ini dengan hasil berkenaan dieksport ke Amerika Syairikat, Jepun, China dan Hong Kong.

Bagi ternakan air tawar sahaja, Sabah kini mengeluarkan kira-kira 3,500 matrik tan setahun dan dijangka meningkat kepada 8,300 tan metrik setahun menjelang tahun 2020 dengan nilai dianggarkan RM125 juta.

Sementara itu Nurliza , selain mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana memberi perhatian kepada perusahaannya, berkata beliau mampu menghasilkan 50 kilogram (kg) hasil ternakan sebulan berbanding permintaan iaitu 50 kg seminggu.

Pada masa ini katanya, beliau memperoleh antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan hasil daripada industri ternakan itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s875UH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian

Sekianlah artikel Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaedah Ternak Ikan Keli Spesies Afrika Tarik Perhatian dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kaedah-ternak-ikan-keli-spesies-afrika.html

Subscribe to receive free email updates: