Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia?

Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia? - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia?
link : Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia?

Baca juga


Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia?

KUALA LUMPUR – Terdapat pihak di Eropah sedang giat menjalankan kempen “No Palm Oil” yang bertujuan menjejaskan industri sawit negara dengan dakwaan kononnya industri sawit membawa kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, terdapat hampir 1,600 produk makanan berasaskan minyak sawit dipasarkan di Eropah waktu ini yang terpaksa dengan berhadapan dengan cabaran hebat disebabkan kempen berkenaan.

Justeru, Siew Keong menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Belgium pada 2 Jun lalu bahawa penggunaan label “No palm Oil” yang bertujuan memburuk-burukkan produk berasaskan sawit adalah mengelirukan tanpa disokong oleh fakta saintifik yang nyata dan salah di sisi undang-undang.

Beliau turut memuji pengeluar mentega coklat terkemuka dari Itali, Ferrero diatas perjuangannya melawan kempen pelabelan “No Palm Oil” dengan membawa kes itu ke muka pengadilan.

“Pada 2 Jun 2017, Mahkamah Rayuan Belgium memutuskan rangkaian pasar raya Delhaize di Belgium membawa kekeliruan kepada pelanggannya dengan memberi maklumat dan fakta mengelirukan tentang minyak sawit termasuk penggunaan label “Palm Oil Free” ke atas produk-produk yang diperagakan.

“Keputusan Mahkamah Rayuan Belgium telah memutuskan bahawa dakwaan dan mesej yang disampaikan oleh  pasar raya Delhaize terhadap minyak sawit adalah “meragukan dan tidak objektif” kepada dakwaan kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan.

“Pada masa sama, Mahkamah Rayuan Belgium juga menegaskan supaya  pasaraya Delhaize menghentikan serta-merta segala kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas dengan niat yang buruk.  Pasar raya berkenaan juga berisiko dikenakan denda maksima sehingga 1,000,000 EURO sekiranya gagal mematuhi perintah Mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bersempena lawatannya selama dua hari di Rom, Itali pada 4 Jun lalu bagi mempromosi dan mengukuhkan platform komoditi terutamanya membabitkan hubungan perdagangan sawit.

“Tindakan Kerajaan Itali dalam memberi sokongan penuh ke atas usaha penghasilan minyak sawit mampan dengan menandatangani Deklarasi Amsterdam pada tahun 2015 dipuji.

“Malaysia juga sedang menggiatkan usaha ke arah pensijilan minyak sawit mampan (MSPO) secara mandatori ke atas seluruh rantaian pengeluaran sawit di Malaysia menjelang tahun 2020,” katanya.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGqX2j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia?

Sekianlah artikel Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kempen “No Palm Oil” – Apa Niat Barat Ke Atas M’sia? dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kempen-no-palm-oil-apa-niat-barat-ke.html

Subscribe to receive free email updates: