Judul : Kerajaan Negeri lulus dua lagi masjid baru
link : Kerajaan Negeri lulus dua lagi masjid baru
Kerajaan Negeri lulus dua lagi masjid baru
OLEH NORHAYATI UMORSHAH ALAM: Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan dua lagi masjid baru tahun ini iaitu di Masjid Taman Putra Height dan Seksyen 24, Shah Alam.
Kedua-kedua masjid terbabit akan menelan kos sebanyak RM39.8 juta.
Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir berkata, urusan tender kedua-kedua projek itu akan dibuat Ogos depan.
“Masjid Putra Height akan menelan kos pembinaan sebanyak RM25.8 juta iaitu RM14 juta sumbangan Kerajaan Negeri dan RM6.7 juta hasil kutipan penduduk setempat.
“Manakala, Masjid Seksyen 24, pula dijangka menelan kos sebanyak RM14 juta yang dibiayai Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sembah ucapan dihadapkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Pada masa sama, Emran berkata Kerajaan Negeri turut meluluskan projek pembinaan bangunan tambahan Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 dengan kos sebanyak RM13 juta.
“Ketika ini juga terdapat dua buah masjid dalam pembinaan iaitu Masjid Seksyen U10 di Taman Puncak Perdana dengan kos sebanyak RM14 juta dan Masjid Setia Alam dengan kos sebanyak RM17 juta,” katanya.
Setakat ini, daerah Petaling mencatatkan bilangan masjid terbanyak iaitu 83 buah atau kira-kira 20 peratus dari jumlah keseluruhan masjid di negeri ini.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri lulus dua lagi masjid baru
Sekianlah artikel Kerajaan Negeri lulus dua lagi masjid baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri lulus dua lagi masjid baru dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kerajaan-negeri-lulus-dua-lagi-masjid.html