Judul : Kualiti Insan Faktor Negara Cemerlang : PM
link : Kualiti Insan Faktor Negara Cemerlang : PM
Kualiti Insan Faktor Negara Cemerlang : PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, asas kecemerlangan negara bukan hanya daripada hasil pembangunan fizikal tetapi bergantung juga kepada kualiti insan.
Perdana Menteri berkata, justeru penting untuk menghasilkan kualiti insan yang bukan hanya tinggi aspek kerohanian dan akhlaknya tetapi mempunyai semangat cintakan negara.
"Saya harap usaha yang telah kita lakukan selama ini akan membuahkan hasil kepada negara dalam bentuk roh dan jiwa.
"Sebab itu dalam kita hendak membangunkan sebuah negara, kita tidak hanya melihat soal pembangunan bangunan pencakar langit atau kilang mahupun lebuh raya semata-mata tetapi lebih penting kualiti manusia atau insannya.
"Kualiti insan yang terbit dari lubuk hatinya jiwa dan roh yang cintakan negara," katanya berucap merasmikan program Seni Negaraku di Balai Seni Visual Negara di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Program di bawah Inisiatif Negaraku adalah usaha kerajaan yang bertunjangkan semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun.
Najib berkata, seni mempunyai peranan dalam sesebuah tamadun bangsa dan sememangnya penting dijadikan sebagai menjadi kayu pengukur ketinggian satu-satu tamadun bangsa.
Katanya, ketamadunan itu banyak berkisar kekayaan satu-satu kesenian dan kebudayaan selain jumlah budayawan, karyawan dan kesusasteraannya.
"Lakaran di Lubuk Paku Pahang oleh Frank Swettenham misalnya adalah sebuah dokumen berbentuk visual dan pada hari ini karya lakaran ini bukan sahaja dilihat sebagai karya seni bahkan juga sebuah dokumen atau rekod berbentuk visual lokasi pada masa itu, " katanya.
"Adalah penting untuk menanamkan sifat cinta dan bangga terhadap negara melalui karya seni. Saya mengambil contoh karya Latiff Mohidin, Pago-pago yang dihasilkan pada tahun 1964 yang mengambil subjek alam yang bersifat lokal dan kegiatan dalam kehidupan seharian seperti pucuk rebung, teritip, daun dan bukit yang berjaya menonjolkan ikonologi daerah kebudayaan Asia Tenggara sehingga menjadi karya terpenting dan rujukan pensejarahan seni moden di Malaysia dan mendapat perhatian dunia. - BHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCLTCC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kualiti Insan Faktor Negara Cemerlang : PM
Sekianlah artikel Kualiti Insan Faktor Negara Cemerlang : PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kualiti Insan Faktor Negara Cemerlang : PM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kualiti-insan-faktor-negara-cemerlang-pm.html