Judul : Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan Serta-Merta
link : Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan Serta-Merta
Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan Serta-Merta
Pemandu Grab Car yang menghina penumpang warga asing dalam video yang tular di laman sosial sejak Selasa lalu sudah ditamatkan perkhidmatan sebagai pemandu Grab Car dan disenaraihitam.
Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata , Grab Car komited dalam memastikan keselamatan penumpang selain menawarkan perkhidmatan yang murah dan mudah.
“Sejak video itu tular, kami mengenal pasti pemandu terbabit dan menyingkirkan dia daripada senarai pemandu serta-merta.
“Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan dengan rangkaian yang terbesar di Malaysia, kami amat menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya.
Tambahnya, Grab Car tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah dan salah laku yang serius oleh pemandu Grab Car.
“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku pemandu yang bukan sahaja membahayakan penumpang tetapi pada masa yang sama mencemarkan reputasi pemandu lain,” katanya.
Terdahulu, seorang pemandu Grab Car dilihat menghina penumpang warga asing dengan menggunakan perkataan kesat seperti ‘bodoh’ dalam video berdurasi satu minit itu.
Video terbabit menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata marah dan menganggap pemandu itu tidak beradab.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sz9ybf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan Serta-Merta
Sekianlah artikel Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan Serta-Merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan Serta-Merta dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kutuk-pelancong-china-pemandu-grabcar.html