Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah

Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah
link : Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah

Baca juga


Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah bank di sini pada minggu lepas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak dua individu yang sedang membawa wang tunai RM200,000 menggunakan parang serta menyebabkan kecederaan.

S. Kumaran, 21, yang mengalami kecederaan di bahagian paha, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas merompak dua individu berkenaan yang sedang membawa wang tunai itu di dalam sebuah beg, dengan menggunakan sebilah parang dan telah menyebabkan kecederaan semasa melakukan kesalahan itu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di luar bangunan bank berkenaan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, kira-kira 2.15 petang pada 9 Jun lepas dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Nik Nasimah membenarkan Kumaran dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja di sebuah klinik swasta di Pandan Jaya, Pandan, dekat sini, melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi sementara Kumaran diwakili peguam Shalehhuddin Salam.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki tidak sempat melarikan wang tunai RM200,000 yang disamun daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri apabila seorang daripada mereka ditembak oleh pengawal peribadi mangsa di hadapan sebuah bank di Taman Sri Muda. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szz9RY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah

Sekianlah artikel Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/lelaki-cedera-ditembak-dihadap-ke.html

Subscribe to receive free email updates: