MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali

MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali
link : MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali

Baca juga


MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mahu mempromosi dan mengukuhkan hubungan perniagaan khususnya yang berkaitan dengan komoditi seperti minyak sawit di kalangan sektor swasta dan awam di Itali.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata, Menteri Datuk Seri Mah Siew Keong, sedang dalam misi lawatan selama dua hari ke Rom.

Dalam satu sesi perbincangan dengan pengeluar mentega coklat yang terkemuka Itali, Ferrero, Mah mendedahkan wujudnya kempen ‘Tiada Minyak Sawit’ yang telah menjadi satu cabaran kepada industri minyak sawit, membabitkan hampir 1600 produk di seluruh Eropah.

“Semasa pertemuan ini, beliau melahirkan penghargaan tertinggi kepada Ferrero berikutan keyakinan syarikat itu dalam minyak sawit dan juga di atas kemenangannya dalam satu kes di mahkamah pada minggu lepas.

“Mahkamah Rayuan di Brussels berpendapat label dan dakwaan yang berkaitan dengan kempen ‘Tiada Minyak Sawit’ adalah mengelirukan dan tidak mempunyai sebarang merit atau berdasarkan kepada fakta-fakta saintifik yang terbukti.

“Dalam konteks ini, mahkamah telah memerintahkan pada 2 Jun 2017, rantaian pasaraya Belgium, Delhaize, telah mengelirukan para pelanggannya apabila membuat dakwaan-dakwaan yang tidak tepat ke atas minyak sawit, termasuk pada label ‘Tiada Minyak Sawit’ produk keluarannya sendiri,” katanya.

Menurut Mah, Mahkamah Rayuan Belgium memutuskan bahawa dakwaan dan mesej yang disampaikan oleh Delhaize mengenai minyak sawit adalah “meragukan, tidak objektif dan tidak berasas” dalam hubungan kepada alam sekitar serta kesihatan.

“Mahkamah Rayuan Belgium adalah sangat tegas dalam keputusannya, di mana Delhaize hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada membuat dakwaan yang menyalahi undang-undang dan tidak berasas terhadap minyak sawit melalui label ‘Tiada Minyak Sawit’.

“Kegagalan untuk mematuhi peraturan mahkamah tersebut boleh mengakibatkan pengenaan atau penalti kewangan sehingga jumlah maksimum sebanyak €1 juta,” katanya.

Mah mengulangi bahawa Malaysia telah membuat komitmen kemampanan sendiri dengan memastikan bahawa pengeluaran minyak sawit di seluruh negara akan disahkan melalui standard Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia pada 2020. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t90S9p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali

Sekianlah artikel MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAH Promosi & Kukuhkan Perniagaan Komoditi Ke Itali dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/mah-promosi-kukuhkan-perniagaan.html

Subscribe to receive free email updates: