Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB

Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB
link : Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB

Baca juga


Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kerjasama kerajaan atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung saman sivil terbaru dikemukakan oleh DoJ terhadap pelbagai aset, demikian dinyatakan di sini, hari ini.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dalam menyatakan perkara itu, juga berkata kerajaan juga bimbang dengan tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara-perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.

''Ini menunjukkan wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset," katanya dalam kenyataan.

Tengku Sariffuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.

"PIhak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara , dan didapati tiada perbuatan jenayah.

"1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya.

Sehingga itu, beliau berkata sebarang dakwaan yang tidak dibuktikan tidak patut diambil kira sebagai fakta.

"Dan kami mengambil perhatian kenyataan akhbar dikeluarkan DoJ, yang menyatakan "Satu aduan sivil bagi perampasan hanyalah sekadar satu dakwaan bahawa wang atau hartanah ada terlibat atau mewakili hasil daripada jenayah. Dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat".

Tengku Sariffuddin berkata proses kehakiman tidak terikat dengan pihak yang mahu menjadi tajuk utama dan Malaysia berpegang teguh pada pendirian menyokong ketelusan dan urus tadbir baik.

Ini termasuk memastikan tuduhan perlu berasaskan fakta, dan bukannya keburukan yang dicanangkan oleh lawan politik, katanya.

"Kami yakin keadilan akan terserlah dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua agensi antarabangsa yang bersedia berbuat demikian.

"Seperti yang sentiasa ditegaskan oleh Perdana Menteri, jika sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCdDaB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB

Sekianlah artikel Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/malaysia-zahir-kebimbangan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: