Judul : Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android
link : Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android
Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android
Terdapat lebih 2 Billion peranti Android yang berfungsi secara aktif hari ini mengikut angka yang dikongsi oleh Google. Ini menjadikannya sistem operasi peranti mudah alih paling popular di dunia. Dengan jumlah pengguna yang banyak, ia menjadikannya sasaran oleh penjenayah yang menghasilkan perisian hasad,
Terkini perisian hasad Xavier ditemui pada 800 aplikasi Android. Pada asalnya ia hanya sebuah perisian pengiklanan yang menjana pendapatan kepada pembangun aplikasi. Tetapi ia kemudian berevolusi menjadi sebuah perisian hasad yang mengumpul maklumat emel, peranti, sistem operasi, lokasi, SIM dan aplikasi yang digunakan oleh pengguna.
Aplikasi yang mengandungi Xavier adalah aplikasi percuma untuk menukar latar belakang, menyunting gambar dan aplikasi GPS menjejak lokasi peranti. Pihak Google telah membuang aplikasi yang didapati mengandungi Xavier. Pengguna di Vietnam,Filipina dan Indonesia adalah mangsa terbesar aplikasi hasad ini.
Sebelum ini perisian hasad Judy didapati menjangkiti 36 Juta peranti Android. Oleh itu kami menyarankan pengguna lebih berhati-hati memuat turun aplikasi percuma. Sentiasa muat turun menerusi Google Play dan meneliti tahap akses yang diberikan kepada setiap aplikasi yang digunakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szr6UL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android
Anda sekarang membaca artikel Perisan Hasad Xavier Ditemui Pada 800 Aplikasi Android dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/perisan-hasad-xavier-ditemui-pada-800.html