Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan

Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan
link : Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan

Baca juga


Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan

KEMAMAN: “Seorang daripada juruterbang itu sempat menunjukkan tanda pangkah dengan tangannya ke arah saya, ingatkan mereka dalam sesi latihan,” kata seorang saksi yang sempat melihat kelibat 2 juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut, selepas pesawat pejuang Hawk 108 dipercayai terhempas.
Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata ketika itu beliau sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di kampung Pondok Pasir, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum ternampak 2 lelaki menggunakan payung terjun.
Seorang daripada mereka, saya tengok menarik-narik tali payung terjun dan memberi isyarat tangan pangkah dekat saya. Saya membalas dengan melambai-lambai tangan ke arah 2 lelaki berkenaan kerana menyangkakan 2 lelaki tersebut sedang mengadakan latihan payung terjun,” katanya ketika ditemui di sini lewat petang semalam.
Katanya, kedua-dua juruterbang terbabit kemudiannya dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya dan terdengar bunyi dentuman kuat.
Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, ditemui pada 2.30 petang semalam, selepas dilaporkan hilang daripada radar setelah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi Khamis.
Jasad 2 mangsa ditemui di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini.
Seorang lagi saksi, Ali Mohamad Mohd Hussin, 37, yang turut berada di kawasan berdekatan berkata, beliau terdengar 2 bunyi dentuman ekzos pesawat ketika duduk di atas buai di depan rumahnya, di kampung Pondok Pasir.
“Dua kali saya dengar bunyi dentuman kuat, lepas tu senyap. Saya intai-intai tapi tak ada apa-apa. Beberapa jam kemudian, saya lihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah saya,” katanya.
Hafizuddin Yunus, 32, pula berkata, beliau juga sempat melihat pesawat itu terbang rendah sebelum ia dilihat mengeluarkan asap tebal.
Katanya, ketika itu beliau sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal dan dapat melihat pesawat itu berada di ketinggian kira-kira 1,000 kaki serta mendengar deruman enjin sangat kuat, sebelum dilihat meluncur ke arah sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi, di sini.
“Saya lihat pesawat itu makin rendah macam nak jatuh, selepas itu kelibat pesawat makin menghilang dan keluar asap yang banyak,” katanya. - FMT


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan

Sekianlah artikel Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saksi: Juruterbang tunjuk tanda pangkah, ingatkan mereka dalam latihan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/saksi-juruterbang-tunjuk-tanda-pangkah.html

Subscribe to receive free email updates: