Judul : SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM
link : SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM
SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM
Berdasarkan tiga tindakan yang sudah diambil oleh Jabatan Kehakiman AS setakat ini dalam proses untuk merampas beberapa aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan, perkara paling nyata ialah Najib Razak sudah kehilangan nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Dalam saman sivil pertama Julai 2016 lalu, antara yang disebut oleh DOJ ialah wang berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang diterima oleh Malaysian Official 1 adalah berpunca daripada dana 1MDB.
Dapatan DOJ berdasarkan pengaliran wang yang dikesan dengan bantuan FBI tidak membuktikan sama-sekali wang tersebut adalah sumbangan derma daripada keranat Diraja Arab Saudi sebagaimana yang disebut berulangkali oleh Najib.
Sementara salah seorang menteri kabinet, Abdul Rahman Dahman mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib, fakta yang disebut oleh DOJ itu tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti yang kukuh sehingga ini.
Yang ada hanyalah penafian kosong semata-mata. Lagi-lagi hujah yang digunakan ialah SPRM, Peguam Negara dan PAC tidak mengesahkan adanya kehilangan wang 1MDB dalam siasatan mereka.
Tetapi, kenapa Pesuruhjaya SPRM tidak disambung khidmatnya, Peguam Negara ditukar secara mengejut dan laporan audit 1MDB masih diOSAkan?
Malah, kenapa beberapa anggota kabinet yang bertanya mengenai 1MDB dipecat daripada jawatan mereka?
Mengapa juga bukti-bukti sahih mengenai pemberian derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi tidak ditampilkan sehingga sekarang?
Mana Zahid Hamidi yang dulunya pernah mengaku berjumpa dengan wakil keluarga Raja Arab tersebut?
Bolehkah beliau yang dilaporkan berada di Mekah kerana menunaikan umrah ketika ini berjumpa dan menampilkan wakil keluarga penderma tersebut?
Adakah Najib bercakap benar mengenai wang tersebut yang diterimanya melalui akaun bank peribadi?
Najib juga mengaku sebahagian daripada kononnya wang derma itu sudah dipulangkan semula kepada pemberinya kerana tidak habis digunakan. Dilaporkan wang yang dipulangkan semula itu berjumlah AS$620 juta.
Kepada siapa wang tersebut dipulangkan?
Hasil siasatan DOJ mendapati wang tersebut dipulangkan kepada akaun Tanore Finance dan berdasarkan perbicaraan di Singapura yang menyebabkan dua bank ditutup dan beberapa orang telah didakwa serta didapati bersalah atas penggubahan wang haram, Tanore Finance adalah disahkan milik Tan Kim Loong @ Jho Low.
Jadi, kepada siapa Najib pulangkan wang tersebut, kepada penderma yang merupakan kerabat Diraja Arab Saudi atau kepada Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?
Kalau derma diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi, kenapa ia dipulangkan kepada Tanore Finance?
Adakah Najib berkata benar mengenai pemulangan wang tersebut?
Dalam tindakan terbaru DOJ beberapa hari lalu, siasatan mereka juga mendapati sebahagian daripada wang yang dipulangkan itu telah dibelanjakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22k warna merah jambu bernilai AS$27.3 juta atau hampir RM120 juta bagi kegunaan isteri Malaysian Official 1.
Bagaimana wang yang Najib dakwa sudah dipulangkan masih boleh dibelanjakan untuk membeli barang kemas?
Siapa yang menggunakan wang tersebut untuk berbelanja? Kerabat Diraja Arab Saudi atau Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?
Bolehkah Malaysian Official 1 tampil menunjukkan fakta sebenar bagaimana isteri Malaysian Official 1 memperolehi set barang kemas bernilai ratusan juta ringgit daripada dana yang sudah dipulangkan?
Dalam beberapa jawapan Najib mengenai wang 1MDB yang dikaitkan dengannya, antara jawapan beliau ialah, “saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi”, “saya tidak akan khianati amanah rakyat” dan “kalau saya nak menyamun duit rakyat, takkan saya guna akaun bank peribadi.”
Berdasarkan siasatan serta dapatan DOJ dan ia tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti setakat ini, bolehkah suara hati kita, tambahan di bulan Ramadan yang mulia ini mengatakan Najib telah berkata benar?
Bukan soal fitnah, campurtangan asing atau sebagainya harus dikaitkan, tetapi berdiam diri dan “buat sardin” bukanlah jawapan yang memadai dalam dunia moden, era ketelusan dan langit terbuka seperti sekarang, lebih-lebih lagi tidak mungkin laporan setebal 251 halaman dapat direka dengan begitu mudah sebagaimana saman sivil terbaru DOJ yang difailkan dua hari lalu jika semata-mata berasaskan fitnah.
Kecuali jika Najib dapat segera menolak semua yang dinyatakan DOJ itu berserta dengan bukti-buktinya sekali, termasuk penyata bank dan sebagainya, beliau sebenarnya sudah kehilangan semua nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Ini kerana dosa paling besar bagi pemimpin ialah “menyalahgunakan, apalagi mencuri wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan keluarga” serta “tidak berkata benar atau berbohong untuk mempertahankan diri.”
Di celah dunia mana pun, pemimpin sebegitu akan menerima balasan akhirnya.
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCHbK7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM
Sekianlah artikel SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAMAN DOJ MEMBUATKAN NAJIB SUDAH TERHAKIS NILAI MORAL SEBAGAI PM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/saman-doj-membuatkan-najib-sudah.html