Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang

Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang
link : Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang

Baca juga


Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang

KUALA LUMPUR – Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai, Terengganu semalam, sangat berminat menjadi juruterbang dan berkhidmat untuk negara sehingga sanggup menamatkan awal pengajiannya di universiti untuk mengejar cita-citanya itu.

Hal tersebut diceritakan rakan sekerjanya Mejar Hassan Basri Tajul Arifin, 38, yang berkata Allahyarham sanggup menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) lebih awal semata-mata kerana minatnya itu.

“Kami bersama-sama dalam satu skuad pada 2001 sebelum kami berpecah pada 2003 kerana dia memilih menjadi juruterbang tempur manakala saya menjadi juruterbang pesawat komersial, dan saya memang dah menjangkakannya kerana itu sememangnya cita-cita beliau dari dulu,” katanya kepada pemberita setelah selesai urusan pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini hari ini.

Hassan Basri berkata mereka tidak pernah putus hubungan sejak itu dan masih saling berhubung sehinggalah sebelum nahas tersebut.

Beliau juga berkata Allahyarham adalah seorang yang bertanggungjawab serta sangat mengambil berat terhadap masalah rakan-rakannya.

“Sifat Allahyarham yang periang dan sering memberi tunjuk ajar yang berguna dalam menyelesaikan masalah adalah perkara yang akan saya selalu rindui,” katanya..

Sementara itu abang sulung Allahyarham, Yusfi Mohamed Yusof, 52, berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini, sudah hilang kemeriahannya buat keluarga mereka ekoran pemergian adiknya itu.

Yusfi , seorang jurutera di sebuah syarikat swasta berkata kali terakhir beliau bertemu adik bongsunya itu adalah pada awal Ramadan lepas.

“Saya terkejut pada waktu itu kerana dia membawa durian dan popia ketika berbuka bersama kerana saya tidak menggemarinya.

“Tetapi selepas dipujuk, akhirnya saya mengalah dan mencuba makanan tersebut,” katanya

Yusfi berkata tiada sebarang perubahan sikap yang ditunjukkan adik bongsunya daripada empat beradik itu ketika dia bersama sekeluarga dan itulah kali terakhir mereka bertemu atas faktor kerja memandangkan Allahyarham terpaksa berulang-alik dari Kuantan ke Labuan.

Semalam, Yazmi, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, disahkan meninggal dunia selepas pesawat Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai.

Jenazah kedua-dua mangsa ditemui pada 2.30 perang, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Udara Kuantan dalam keadaan masih memakai payung terjun.

Mayat kedua-dua pegawai TUDM itu ditemui dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain sebelum dibawa keluar dari kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8yOEM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang

Sekianlah artikel Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi Juruterbang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/sanggup-tinggalkan-universiti-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: