Judul : "Saya Bersyukur Masih Ada Nenek, Datuk, Bapa, Ibu Saudara Jaga Kami Seperti Anak Sendiri"
link : "Saya Bersyukur Masih Ada Nenek, Datuk, Bapa, Ibu Saudara Jaga Kami Seperti Anak Sendiri"
"Saya Bersyukur Masih Ada Nenek, Datuk, Bapa, Ibu Saudara Jaga Kami Seperti Anak Sendiri"
Kehadiran 1 Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi amat menyedihkan buat dua beradik yang kini menjadi anak yatim piatu selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 155 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Sungai Bakap pada 28 April lalu.
Melihat raut wajah mereka, Khairiyah Alisha Khosim, 10, dan Khaira Amni, 1 tahun 5 bulan, mereka masih belum mengerti perasaan kehilangan yang sebenar.
Biarpun tanpa bapa tercinta, Khosim Ismail, 32, dan ibu, Khairunisa Ahmad Kamaluddin, 31, yang pergi meninggalkan mereka dua beradik buat selama-lamanya tetapi perasaan sayang dan rindu tidak pernah hilang walau sesaat.
Khairiyah berkata, ketabahan dan kecekalan amat diperlukan mereka selain sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga untuk menùmpang kasih sayang agar tidak disia-siakan.Kedua beradik itu buat masa ini ditemani bapa dan ibu saudara mereka iaitu Khalib Ismail, 29, bersama Nor Hanisah Ismail, 22, yang menjaga mereka.
"Saya bersyukur masih ada nenek, datuk, bapa dan ibu saudara yang menjaga kami seperti anak sendiri selain terharu dengan pergorbanan mereka selama ini," katanya ketika ditemui Rojak Daily Skop! di Hospital Pulau Pinang, semalam.
PENGERTIAN SAMBUTAN AIDILFITRI
Bagi Khalib, pergertian Aidilfitri buat ihsan kerdil seperti mereka tidak dirasai selain akan berhari raya di hospital nanti apabila Khairiyah masih lagi dirawat di wad pediatrik. Adiknya, Khaira Amni pula sudah dibenarkan keluar wad sejak Ahad lalu dan kini tinggal bersama Nor Hanisah yang menyewa di hotel berdekatan hospital tersebut.
Tambahnya, Khairiyah sedang menunggu laporan dari pihak doktor untuk menjalani pembedahan terakhir pada kaki kanan dan kiri tidak lama lagi. Mereka akan pulang ke Jerantut, Pahang selepas pembedahan selesai.
Dalam kejadian kemalangan yang berlaku pada jam kira-kira pukul 5.45 petang itu, Khairiyah dan adiknya Khaira cedera selepas lori yang dipandu bapanya merempuh sebuah lori lain menyebabkan bahagian hadapan lori mereka remuk teruk dan kedua ibu bapa mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t89uNj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel "Saya Bersyukur Masih Ada Nenek, Datuk, Bapa, Ibu Saudara Jaga Kami Seperti Anak Sendiri"
Anda sekarang membaca artikel "Saya Bersyukur Masih Ada Nenek, Datuk, Bapa, Ibu Saudara Jaga Kami Seperti Anak Sendiri" dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/saya-bersyukur-masih-ada-nenek-datuk.html