Judul : “Saya memang tak suka masak, saya lebih suka mengemas” – Nora Danish
link : “Saya memang tak suka masak, saya lebih suka mengemas” – Nora Danish
“Saya memang tak suka masak, saya lebih suka mengemas” – Nora Danish
JIKA anda sentiasa mengikuti perkembangan Nora Danish di Instagram, anda pasti tahu Nora suka kongsikan video atau gambar suaminya, Nedim Nazri Aziz memasak.
Walaupun sekadar berkongsi rasa gembira mempunyai suami yang rajin memasak, namun lain pula yang difikirkan netizen: “Nora tu tak reti masak ke?” soal mereka di dalam ruangan komen.
Menjawab persoalan tersebut, ini jawapan Nora, “Saya tidak gemar memasak tetapi Nedim lebih gemar berada di dapur. Saya lebih suka mengemas kerana bagi saya ianya terapi untuk menghilangkan tekanan setelah seharian penat bekerja.
Katanya, sejak berkahwin dia selalu makan sedap-sedap hasil masakan suaminya sehingga badannya naik sedikit dan membuatkan ramai yang bertanya adakah Nora sedang hamil.
Kata Nora lagi, kepakaran Nedim dalam memasak membuatkan mereka jarang makan di luar dan lebih senang menikmati hidangan yang dimasak di rumah sahaja.
“Tambah menarik lagi, suami saya memang pakar dalam soal memasak. Jujur saya katakan, dia lebih banyak memasak di rumah berbanding saya dan masakannya boleh membuatkan saya tidak mahu makan di luar langsung,” jelasnya kepada sebuah akhbar harian mengenai perkara tersebut.
Baguslah Nora dapat suami yang pandai melayan tekak isteri. Bukan senang nak dapat lelaki yang boleh sediakan makanan untuk isteri dan keluarga kan zaman sekarang ni, jadi kita perlu happy lah juga lihat Nora bahagia. Kan?
Sumber: MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rwFFoo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel “Saya memang tak suka masak, saya lebih suka mengemas” – Nora Danish
Anda sekarang membaca artikel “Saya memang tak suka masak, saya lebih suka mengemas” – Nora Danish dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/saya-memang-tak-suka-masak-saya-lebih_20.html