Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal

Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal
link : Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal

Baca juga


Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal

Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal|Arwah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, sempat mengimamkan solat Subuh bersama keluarganya sebelum keluar melakukan latihan menggunakan pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi.

Anak sulungnya Mikail Adam Riaz, 11, berkata itu kali terakhir dia bertemu bapanya sebelum mendapat panggilan memaklumkan bapanya terbabit dalam nahas berkenaan.

Katanya, bapanya bertugas di 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan, Sabah dan kebetulan menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan sejak seminggu lalu.

“Kami bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah. Ayah selalu mengimamkan solat apabila pulang ke sini.

“Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berkata apa-apa sebelum keluar bekerja, semuanya seperti biasa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, malam ini.

Terdahulu, Mikail Adam Riaz menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Yazmi dan rakannya, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terbunuh selepas terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai dekat Kemaman, Terengganu, hari ini.

Pesawat mangsa terputus hubungan jam 11.30 pagi selepas bertolak dari Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 11 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan sebelum menemui mayat mereka jam 2.30 petang di kawasan berpaya.

Murid tahun lima itu berkata, bapanya ada berjanji mahu membelikan baju raya buatnya serta lima adiknya yang lain.

“Baju raya tiada lagi dan ayah janji mahu membelikan baju raya buat saya dan adik-adik.

“Tapi tengah hari tadi ada orang (pegawai) telefon kata ayah dah tiada,” katanya.

Milkhail Adam Riaz berkata, dia berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai juruterbang pesawat pejuang dan meminati kerjaya itu

“Kalau boleh saya hendak kerja macam ayah, dia beri banyak tunjuk ajar dan nasihat untuk menjadi juruterbang,” katanya.

Difahamkan, keluarga Yazmi tinggal di bandar ini dan tidak mengikutnya berpindah ke Labuan.

Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berkenan mencemar duli menziarah jenazah Yazmi dan Mohd Hasri.

Yazmi yang sudah berkhidmat dengan TUDM selama 19 tahun meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak, Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, pasangan kembar Mika Adden Riaz dan Mika Ayman Riaz, 4, serta Musa Akhtar Riaz, 3.

Mohd Hasri pula meninggalkan balu, Asysyuhadak Ahmad dan anak tunggal mereka, Nur Hafiya yang berusia tujuh bulan.

Mohd Hasri berpengalaman selama 13 tahun bersama TUDM.

The post Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCktwx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal

Sekianlah artikel Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sempat Imamkan Solat Subuh Sebelum Ajal dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/sempat-imamkan-solat-subuh-sebelum-ajal.html

Subscribe to receive free email updates: