Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI !

Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI !
link : Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI !

Baca juga


Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI !


KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis Siti Kasim hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika mereka menyerbu sebuah program melibatkan transgender tahun lalu. 

Siti Kasim dituduh menghalang pegawai Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali daripada menjalankan tugasnya pada 3 April, 2016 di Hotel Renaissance di sini. Dalam kenyataannya pagi ini, peguam itu berkata akan meneruskan perjuangan membela golongan transgender. 

Beliau membidas tindakan menyerbu majlis makan malam amal untuk memungut derma bagi membantu golongan transgender, dan berkata pegawai awam mesti mematuhi peraturan dan prosedur. 

“Sebuah makan malam tertutup diserbu oleh pegawai agama tidak boleh dikecualikan daripada (peraturan) ini. Tiada siapa mengatasi undang-undang,” katanya. Siti Kasim dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000.

Hakim Ahmad Solihin Abd Wahab menetapkan ikat jamin RM3,000 dan 22 Ogos untuk sebutan kes. Siti Kasim diwakili peguam Roger Chan dan Rajsurian Pillai sementara Siti Hajar Mohd Ashif ialah pendakwaraya. 

Tahun lalu, klip video Siti Kasim memarahi beberapa pegawai Jawi menjadi tular, disusuli dengan siasatan terhadapnya atas tuduhan menghalang pegawai awam. Susulan itu, Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan atas penangkapannya. 

Pada 13 Jun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Siti Kasim mengarahkan kerajaan menamakan pegawai Jawi yang terlibat dalam serbuan tahun lalu, supaya beliau boleh mengambil tindakan saman tersebut. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI !

Sekianlah artikel Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Kasim Mohon Dibicara Selepas Di Dakwa "Halang" Pegawai JAWI ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/siti-kasim-mohon-dibicara-selepas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :