Judul : SKMM akan memantau akaun media sosial palsu
link : SKMM akan memantau akaun media sosial palsu
SKMM akan memantau akaun media sosial palsu
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kehadiran akaun-akaun media sosial palsu serta menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 untuk membuat atau mewujudkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik.
"Umum sedia maklum bahawa akaun palsu seperti ini digunakan oleh mereka yang berniat jahat dan bertujuan untuk menyebarkan berita palsu, fitnah serta hasutan yang merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.
Salleh berkata isu itu tidak terpencil kepada Malaysia sahaja.
Malah, katanya, Facebook baru-baru ini dilaporkan telah mengambil tindakan ke atas 30,000 akaun Facebook palsu di Perancis dalam usahanya untuk mengekang gejala berita palsu sewaktu pilihan raya presiden negara itu.
"Selain tindakan penguatkuasaan, kerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan seperti Facebook akan terus dipohon oleh pihak MCMC untuk memadam akaun-akaun palsu ini," kata Salleh.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel SKMM akan memantau akaun media sosial palsu
Sekianlah artikel SKMM akan memantau akaun media sosial palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SKMM akan memantau akaun media sosial palsu dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/skmm-akan-memantau-akaun-media-sosial.html