Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar)

Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar) - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar)
link : Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar)

Baca juga


Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar)


Netizen berang pesalah-pesalah yang disabitkan bersalah mendera arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 hingga maut, ini kata mereka.
” xyah nk cover sgt muka korg… ble naik court.. tau plak korg nk tutup muka bagai.. sbb pe??? bru nk pk ati prasaan family ke atas perbuatan korg.. masa korg buat ank sedare aku 2.. korg x pk plak pe prasaan family kteorg sume kn.. specially mak ayah arwah Zulfarhan… BERANI BUAT.. BERANI TANGGUNG… ko rembat ank sedare aku smpi ilang nyawa… kami sume doa kn korg dpt balasan setimpal… klo ikot ati kami 1 family akan buat mcm mana korg buat arwah TAPI kami masih de iman walau sebesar zarah… so hny pd Allah kami mohon agar korg dgantung smpi mati ” .- Bapa saudara mangsa


Dalam pada itu bapa arwah Zurfarhan berkata “Saya lega tetapi tidak gembira… tiada apa yang boleh mengembalikan anak saya tetapi lega kerana polis menjalankan tugas dengan pantas,” kata Zulkarnain Idros, 53, bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.
Zulfarhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia 1 Jun lalu akibat didera menggunakan seterika wap dan dipukul menggunakan pelbagai objek dipercayai akibat dituduh mencuri komputer riba.

Lima penuntut UPNM didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan 22 Mei lalu.

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri kesemua berusia 21 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Sementara itu, seorang lagi, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Seramai 13 lagi penuntut UPNM yang juga berusia 21 tahun turut didakwa di mahkamah sama dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Zulfarhan bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Zulkarnain berkata, selepas berbincang dengan peguam dan rakan, dia percaya terdapat tiga kategori pendera yang terbabit dalam kes anaknya itu.

“Yang pertama sudah pastilah mereka yang memukulnya, menggunakan senjata dan sebagainya.

“Kedua adalah mereka yang memegangnya, menambah pukulan sama ada menumbuk atau menendang dan ketiga, mereka yang menyaksikan kejadian itu tetapi takut untuk tampil.

“Kategori ketiga ini, mereka tahu tetapi takut dan pada masa sama bersubahat hingga anak saya meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, sebagai bapa dia lega apabila suspek kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, dia juga sedar bukan semua 32 orang yang ditahan sebelum ini didakwa namun berpendapat tempoh tahanan reman 14 hari sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mengenal pasti semua dalang yang mendera anaknya.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak dan yakin dengan kemampuan polis menjalankan siasatan dengan tepat dan telus.

“Cuma saya berharap tempoh lebih lama (reman) bagi mengelak kesilapan manusia dan mungkin tekanan kerana kes ini berprofil tinggi.

“Saya tidak mahu mereka tergesa-gesa hingga ada di antara mereka yang turut mendera terlepas,” katanya.

Menurutnya, pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan datang ke rumahnya untuk menguruskan beberapa perkara termasuk berkaitan pencen arwah.

Seramai 36 suspek terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bermula 2 Jun hingga 8 Jun lalu.

Empat penuntut UNITEN itu kemudian dibebaskan manakala tempoh tahanan reman 32 penuntut UPNM disambung lima hari lagi sehingga hari ini dan sebahagian daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rntJ8u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar)

Sekianlah artikel Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak payah tutup muka kau orang tau pulak malu .. sedia lah tali gantung menanti – Netizen (10Gambar) dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/tak-payah-tutup-muka-kau-orang-tau.html

Subscribe to receive free email updates: