TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok

TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok
link : TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok

Baca juga


TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok

Ingat lagi pada Mukhriz, pemuda hilang seminggu di Bukit Broga? Kisahnya cukup sensasi bercampur sedih selepas emaknya turun naik berkali-kali mencarinya. Terkini, dia sudah temui gadis idaman dan melupakan gadis bunian yang melamarnya.

Penat mencari anaknya, sudah hilang dan kini berganti berita gembira bila anaknya itu meminta dia merisik gadis yang pernah belajar satu pondok dengannya di Pondok  Darul Taqwa  di Arau, Perlis.

"Belum ada sebarang tarikh lagi tapi Mukhriz sudah meluahkan hasratnya terhadap gadis itu. Umur perempuan itu pun masih muda, 18 tahun dan sama-sama mengaji dahulu. Kalau ada jodohnya, syukurlah.

Tambah emaknya, Rohana Saad dia gembira dengan hasrat anaknya itu sekali gus memberi petanda anaknya sudah tidak mengingati "lamaran" dari alam ghaib yang pernah di hebohkan ketika awal anaknya di temui.

"Anak baru minta risik-risik, kalau ada jodoh saya rasa gembira menerimanya," jelas Rohana lagi.

Ada banyak cerita di sebalik kehilangan anaknya terutama munculnya ular besar yang menjadi tongkat di dalam gua MUkhriz berteduh. Ini perincian kehilangan Mukhriz selama seminggu di Bukit Broga yang dikongsikan Rohana kepada Mingguan Wanita.

Sama ada mahu percaya atau tidak, wujud unsur-unsur misteri namun semuanya adalah kekuasaan Allah Taala yang mencipta seluruh alam. DIA mengkehendaki apa yang tidak difkirkan oleh akal cetek manusia biasa.

Dalam kes kehilangan Mukhriz. Bermula dengan mengikut seorang kanak-kanak berjubah putih berserta purdah di puncak kedua, bermulalah cerita bagaimana anak muda ini mulai tersesat selama seminggu.

Wujud juga cerita kononnya kakak kepada remaja berkenaan mengajaknya berkahwin dan sukar untuk ditolak kenyataan ini kerana sebaik sedar dan berada di alam manusia, di jari manisnya sudah tersarung sebentuk cincin emas putih sebagai tanda ikatan telah bertunang.

Mukriz juga dikatakan telah ditemukan dengan kedua ibu bapa remaja berkenaan di dalam gua, di mana dia tinggal selama seminggu itu. Selama tempoh itu, dia menjadi imam solat dan mengaji al-Quran bersama ibu bapa remaja berkenaan. Kesemua mereka memakai pakaian serba putih, lelaki tua itu berserban dan berwajah serius (tidak kacak pada pandangan mata kasar Mukhriz) manakala isterinya memakai purdah.

Siapa Mukhriz, Mengapa Dirinya Jadi Pilihan 'Calon Suami' Orang Di Alam Ghaib

Sebelum datang ke Kuala Lumpur menolong pakciknya berjualan mi sup di merata pasar malam sekitar Kuala Lumpur,  Mukhriz merupakan bekas pelajar Pondok  Darul Taqwa  di Arau, Perlis.

Dia tidak menghabiskan pengajian, sebaliknya menolong pakciknya berniaga. Namun mungkin pekerjaan itu tidak sesuai dengan minat, hanya seketika sahaja dia membantu pakciknya itu. Melihat kecenderungan Mukhriz, pakciknya telah mencarikan pekerjaan baru untuknya di sebuah bengkel kereta di Seksyen 29, Shah Alam.

"Mukriz baru dua minggu bekerja ketika kejadian. Dia juga baru pertama kali mendaki bukit itu dan katanya  semasa di puncak kedua, dia mengikut seorang kanak-kanak perempuan selepas tiba di satu simpang," kata Rohana.

Mungkin lahir dari latar belakang pendidikan agama yang baik dan memiliki hati yang "bersih" menjadi asbab mengapa anak bujangnya itu menjadi pilihan orang alam ghaib itu.

"Kata Mukhriz kepada kami selepas selamat sampai ke rumah, dia mengikut kanak-kanak perempuan itu, setelah penat berjalan. Malam itu dia tertidur di atas hamparan rumput. Buka saja mata, kata Mukhriz dia seperti berada di dalam gua. Di sisinya ada tiga susuk tubuh berpakaian putih iaitu mak, ayah dan remaja perempuan itu.

"Selama seminggu hilang itu, dia menjadi imam solat dan hanya mengaji sahaja bagi mengisi masanya tanpa sedar dia sebenarnya sudah hilang selama tujuh hari. Kehilangan yang cukup merisaukan semua orang yang turut serta dalam pencarian.

"Kedua orang tua berjubah putih itu juga berkelakuan sama kerana mereka juga khusyuk dengan solat dan mengaji al-Quran. Dia tidak terasa lapar dan bagi menghilangkan dahaga, dia minum air terjun dalam gua berkenaan (kebarangkali air terjun ini adalah andaian Mukhriz sahaja kerana ketika seminggu kehilangannya, hujan turun setiap hari malahan dia dijumpai di tepi batu besar dan bukan gua seperti pandangannya).

"Malam sebelum dia ditemui itulah, kata Mukhriz ketika sedang lena tidur, dia melihat seekor ular besar di atas dinding gua. Ular besar itu sempat bersuara, esok hari ikut cahaya matahari naik dan Insya-Allah dirimu akan selamat."

Dari cerita Mukhriz kepada kami, keesokan harinya, sedar-sedar sahaja, di sisinya ada sebatang tongkat, dan dijarinya tersarung cincin emas putih tanda ikatan pertunangan dan sebiji buah berwarna oren seakan warna labu.

"Saat tersedar itu, Mukhriz mendongak ke langit. Ada sinar matahari di celahan batu berkenaan dan dia menjerit meminta tolong dengan suara yang sangat perlahan. Ada beberapa orang pendaki terdengar jeritannya (pendaki ini bukan dari kalangan mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat). Hinggakan salah seorang daripada mereka berkata, jika dia manusia, goyangkan pokok. Dan Mukhriz dapat lakukan biar tubuhnya terlalu lemah.

"Mukriz kemudian ditarik naik ke atas orang seorang pendaki dari luar negara sebelum pelancong luar itu meninggalkan tongkat itu di sisi batu sedangkan itulah barang pemberian untuk anak muda ini dari alam ghaib. Mukhriz sempat makan buah berwarna oren itu dan katanya, cuma ada biji-biji di dalamnya. Dia membuangnya," cerita Rohana yang mengaku dia bermimpi anaknya masih selamat dan kerana itulah dia nekad mendaki.

via Mingguan Wanita


 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sH7XRb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok

Sekianlah artikel TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERKINI: Pemuda Hilang Di Bukit Broga Minta Mak Pinangkan Gadis Pondok dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/terkini-pemuda-hilang-di-bukit-broga.html

Subscribe to receive free email updates: