Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira

Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira
link : Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira

Baca juga


Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira

DETIK DAILY

 

Penduduk Islam yang bangkit bersahur awal pagi, diangkat sebagai wira selepas menyelamatkan banyak nyawa dalam kejadian kebakaran Grenfell Tower di London pada pagi Rabu.

Media British melaporkan penduduk Islam yang menetap di kediaman setinggi 24 tingkat itu antara yang pertama menyedari tentang kebakaran terbabit dan segera memberi amaran dengan mengetuk pintu jiran-jirannya.

Kebakaran yang telah meragut nyawa seramai 12 orang setakat ini, merebak secara dengan pantas ketika ramai penghuni sedang tidur, diburukkan lagi apabila penggera kebakaran yang tidak berbunyi menyebabkan ramai yang tidak menyedari kejadian itu.

Namun, beberapa penghuni Muslim, yang telah bangun untuk memulakan ibadah puasa mereka telah mengambil tindakan pantas memberi amaran apabila mereka terhidu bau asap.

Salah seorang dari mereka adalah Khalid Suleman Ahmad, 20, yang memberitahu HuffPost UK bahawa dia sedang menunggu waktu sahur ketika melihat ke luar tingkap di aras lapan dan ternampak asap yang keluar dari aras bawah.

“Saya mengejutkan ibu saudara saya dan memakai baju sebelum bergegas mengetuk pintu jiran-jiran. Setiap rumah membukanya kecuali dua buah rumah ,” katanya.

“Seluruh koridor dipenuhi asap tebal. Saya tidak tahu kebakaran itu serius tetapi kami keluar kerana ingin selamat,” katanya sambil menambah kira-kira 20 minit kemudian seluruh rumahnya hangus dijilat api.

Beberapa laporan lain yang memetik kenyataan saksi, menyifatkan tindakan penduduk Muslim di tempat kejadian sebagai hero dan penyelamat ketika pasukan bomba berusaha untuk memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.

Andre Barroso, 33, memberitahu The Independent bahawa Muslim memainkan peranan yang besar kerana menyelamatkan ramai orang.

“Saya melihat ramai Muslim dan mereka juga menyediakan makanan dan pakaian,” katanya.

Beberapa masjid dan pusat kebudayaan Islam juga mengalu-alukan dan membantu mereka yang cedera, sementara mereka yang beragama lain juga terlibat dalam menyumbang keperluan asas kepada penghuni Grenfell Tower.

Buat masa ini, lebih dari 50 orang telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan mengikut kadar kecederaan dan beberapa orang mangsa dilaporkan cedera parah.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira

Sekianlah artikel Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/tragedi-grenfell-sahur-buat-penduduk.html

Subscribe to receive free email updates: