Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'

Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap' - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'
link : Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'

Baca juga


Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'



Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menzahirkan rasa sedih dengan keadaan sebahagian ahli politik yang 'gagap' berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris.

Jelas Mohd Khairuddin lagi, perkara itu boleh diperhatikan dalam perbahasan di Parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

"Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris?

"Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sebagai perbandingan Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, namun ia tidak boleh dilakukan oleh sebahagian ahli politik.

"Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik," jelasnya.

Justeru, katanya integrasi antara kaum perlu diperkasakan lagi di negara ini.

Ulasnya lagi, integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan India bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan Cina, India atau berketurunan Melayu.

"Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa," katanya.


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'

Sekianlah artikel Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/07/mat-dang-fasih-bm-kenapa-ahli-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :