Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti'

Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti' - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti'
link : Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti'

Baca juga


Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti'

 DALIA ISMAIL

Ahli Bersatu Teluk Kemang


Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Teluk  Kemang mengecam tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi  Bersatu Kamarulazman  Habibur Rahman  sebagai 'pengkhianat parti' kerana mengetuai 250 ahli  di Bahagian Dungun keluar parti  kembali menyertai Umno  pada Jumaat lalu.

Junaidy JamaludinAhli seumur hidup Bersatu Junaidy Jamaluddin (Gambar kiri) berkata, tindakan Kamarulazman yang juga bekas ahli Bersatu Bahagian Teluk Kemang yang lebih dikenali sebagai Cikgu Kamarul bertindak keluar parti itu telah mencalarkan imej parti.

"Pada pandangan saya dan rakan-rakan di Bahagian Teluk Kemang , Cikgu Kamarul adalah seorang yang tidak berintegriti dan tiada pegangan dalam perjuangan.

"Pada kami semua ahli PPBM Bahagian Teluk Kemang beranggapan pada mulanya Cikgu Kamarul adalah seorang pejuang bangsa, akan tetapi kami semua tertipu dengan kata-kata manis dan jualan ayat-ayat perjuangan bangsa dan Negara.Rupa-rupanya, semua bunga bahasa dan perjuangan beliau adalah palsu dan ianya adalah menjurus ke arah kepentingan peribadi semata-mata.

"Cikgu Kamarul merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai dan mementingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat marhaen, justeru itu Cikgu Kamarul tidak layak di panggil perjuang tetapi beliau lebih sesuai dipanggil 'Pengkhianat parti'." ujarnya kepada Malaysia Dateline.

 Beliau mengulas mengenai tindakan keluar parti yang diketuai Kamarulazman, bekas Ketua Penaja Bahagian Dungun Mastura Othman dan bersama 250 ahli di bahagian itu memutuskan untuk keluar parti menyertai semula Umno-Barisan Nasional (BN).

Kamarulazman telah mengetuai penyerahan borang keahlian Umno kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak pada 25 Ogos lalu.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti'

Sekianlah artikel Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/08/ahli-akar-umbi-bersatu-teluk-kemang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :