HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS

HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS
link : HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS

Baca juga


HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS


Pakatan Harapan (HARAPAN) menzahirkan rasa kesal ekoran tindakan kerajaan yang disifatkan mengadai aset negara untuk membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sementara ekonomi negara mengalami kemerosotan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump, semalam, berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur kira-kira AS$3 bilion ke AS$4 bilion dalam projek infrastruktur di AS.
Selain itu, Najib juga dilaporkan berkata bahawa Khazanah Nasional Berhad berhasrat untuk meningkatkan pelaburannya dalam syarikat berteknologi tinggi, selain pembelian 33 ke 58 pesawat Boeing dengan urus niaga bernilai AS$10 bilion selama lima tahun.
“Kami menggesa Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen khas selama dua hari sepulangnya beliau dari AS bagi membincangkan dan membahaskan pertemuan antara beliau dan Trump itu,” ujar HARAPAN dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam sidang media di ibu pejabat PPBM, di sini, hari ini.
Selain Tony, turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin, Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi Amanah) dan Datuk Dr Rais Hussin (Pengerusi Biro Strategi dan Polisi PPBM).
HARAPAN berkata, dalam kerajaan Malaysia dilihat beria-ria membantu Trump dalam kempen “Make America Great Again” melalui pelaburan bernilai hampir RM60 bilion itu, kerajaan AS sebaliknya tidak menawarkan apa-apa kepada rakyat Malaysia.
“Presiden Trump tidak mencuba untuk berpura-pura bahawa Malaysia akan mendapat pulangan daripada pelaburan itu – sebagai contoh seperti janji pelaburan ‘berpotensi’ atau meningkatkan import produk-produk buatan Malaysia atau pengecualian visa untuk rakyat Malaysia melancong ke AS,” ujar gabungan pembangkang itu. – Roketkini.com


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS

Sekianlah artikel HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HARAPAN gesa sidang khas Parlimen bincang pelaburan ‘mewah’ di AS dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/harapan-gesa-sidang-khas-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates: