Judul : Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz
link : Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz
Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz
AKHBAR RAKYATKAMI di pihak Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur pada 14 September yang lalu. Semoga Allah merahmati semua mangsa, dan mudah-mudahan ditempatkan dalam kalangan para syuhada'.
Dalam pada itu, pihak Dewan Ulamak berharap kepada masyarakat awam agar tidak mewujudkan pandangan-pandangan negatif terhadap institusi agama khususnya, sebaliknya sama-sama memberikan bantuan agar institusi agama terus maju dan membangun seiring dengan semangat perlembagaan yang meletakkan islam sebagai agama persekutuan.
Mengambil iktibar daripada tragedi yang lalu, Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pusat-pusat tahfiz al-Quran, pondok-pondok agama, termasuk juga pusat-pusat jagaan anak yatim, dan rumah-rumah anak yatim khususnya di Negeri Sembilan agar :
a. Mengemas kini sistem pengurusan pusat tahfiz/pondok agama/pusat jagaan anak yatim/rumah anak yatim masing-masing seperti mewujudkan pangkalan data khas untuk pelajar-pelajar/penghuni masing-masing. Ini bagi memudahkan urusan pendokumentasian pengurusan masing-masing.
b. Mengambil berat terhadap faktor keselamatan dengan mengadakan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan secara berkala.
c. Mendaftarkan pusat tahfiz/pondok agama/pusat jagaan anak yatim/rumah anak yatim masing-masing kepada pihak berautoriti seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pihak terbabit dapat mengambil berat terhadap premis masing-masing.
Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan juga menyokong penuh usaha-usaha ke arah mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan mengharapkan agar perbincangan dalam merangka dasar ini dapat melibatkan semua pihak yang layak dan berada dalam bidang tahfiz ini khususnya.
Semoga Malaysia dijadikan Allah sebagai sebuah negara yang sejahtera sebagaimana dicerminkan Allah dalam surah Saba', ayat 15 :
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Maksudnya:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!."
Dewan Ulamak Pas Negeri Sembilan mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi pada keluarga yang terlibat dan mudah-mudahan Allah tempatkan mereka yang Syahid bersama dengan para Syuhadak dan Solihin.
*USTAZ ABDUL HADI MOHD ISA, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz
Sekianlah artikel Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Iktibar daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/iktibar-daripada-tragedi-kebakaran.html