[KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas

[KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas
link : [KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas

Baca juga


[KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas



KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini bukan berpunca daripada litar pintas.
Hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan bahawa keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu di dalam keadaan baik.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat KL, Khirudin Drahman berkata, kebakaran yang berpunca daripada litar pintas biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.
“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar.
“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat, kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap.
“Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran berkenaan, dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.
Jelasnya, bilangan mangsa terkorban tidak ramai sekiranya api bermula dari bahagian dalam bilik asrama kerana masih boleh keluar menyelamatkan diri.
“Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.
23 pelajar termasuk dua guru antara mangsa yang terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi.
Mayat pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan ditemui dalam keadaan rentung dan bertindih di bilik asrama, manakala beberapa lagi terselamat selepas keluar menerusi tingkap. - ismaweb


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas

Sekianlah artikel [KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KHIANAT?] Bomba percaya ADA UNSUR LUAR bangunan punca pusat tahfiz terbakar, BUKAN litar pintas dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/khianat-bomba-percaya-ada-unsur-luar.html

Subscribe to receive free email updates: