K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak

K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak
link : K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak

Baca juga


K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak

THE MALAYSIAN TIMES



KOTA BELUD: Kerajaan Pusat tidak pernah gagal dalam membawa pembangunan ke Sabah dan Sarawak sejak pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata Sabah dan Sarawak tetap mendapat keistimewaan sama seperti dinikmati negeri-negeri lain di Semenanjung.

“Ini kerana para pemimpin tertinggi negara sentiasa mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam pembentukan Malaysia,” katanya berucap pada Program Semarak Merdeka dan Pemimpin Masyarakat DUN Kadamaian di Dewan Serbaguna Kampung Tambulion
Laut, dekat sini, hari ini.

Salleh berkata Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai kuasa autonomi tertentu malah pandangan serta suara pemimpin daripada kedua-dua negeri itu sentiasa didengar di peringkat Pusat.

Beliau berkata hal itu terbukti apabila semakin ramai pemimpin dari kedua-dua negeri dilantik memegang jawatan penting dalam jemaah kabinet Pusat.

Salleh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan berkata rakyat seharusnya sedar bahawa banyak kejayaan telah dicapai di bawah pemerintahan kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, permuafakatan antara para pemimpin terdahulu dan sekarang telah berjaya membentuk sekali gus memacu Malaysia menjadi

sebuah negara maju dan aman damai.

Pada majlis itu, Salleh turut menyampaikan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM518,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh DUN Kadamaian selain meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja membaik pulih Dewan Serbaguna Kampung Tambulion Laut.— BERNAMA



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak

Sekianlah artikel K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel K’jaan pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/kjaan-pusat-tidak-pernah-gagal-bawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :