Judul : ‘Malaysia bantu AS, tak perlulah GST’
link : ‘Malaysia bantu AS, tak perlulah GST’
‘Malaysia bantu AS, tak perlulah GST’
ZURAIDA KAMARUDDINIa merupakan hari yang penuh kebanggaan bagi kita semua kerana memperkenalkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia dengan rasa semangat patriotisme yang baru.
Dalam merayakan hari yang penuh dikasihi ini, kita telah diingatkan kembali tentang kisah kejayaan dan perjuangan sejarah selama dekad yang lalu seperti tubuhnya Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.
Kami mengingati setiap hari kemerdekaan yang disambut pada tarikh yang berbeza buat Malaysia – 31 Ogos 1957 bagi Malaya, 31 Ogos 1963 bagi Sabah, dan 22 Julai 1963 bagi Sarawak.
Kami mengingati orang-orang Dayak, Kadazan, Iban dan Murut, serta banyak lagi warna warni yang ada pada masyarakat kita yang terdedah pada pelbagai budaya. Tanpa adanya Malaysia Timur, semenanjung Malaysia akan menjadi sangat berbeza. Ini kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang hebat tetapi jika Malaysia diletakkan di tangan Pakatan Harapan (PH), ia akan menjadi lebih hebat.
Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa program wanita akan dihentikan jika tiada GST. Dan pada masa yang sama pula, Perdana Menteri baru-baru ini mendedahkan akan sebuah jumlah wang yang besar akan dilaburkan di Amerika Syarikat.
Menurut Perdana Meneteri, kita akan membeli pesawat Boeing dari Amerika Syarikat, wang berjumlah $10 hingga $20 billion serta wang tambahan $3 hingga $4 billion dari KWSP serta peningkatan pelaburan dari dana utama iaitu Khazanah.
Perdana Menteri patut dipuji kerana dapat mengumpul jumlah sebegitu besar untuk dilaburkan ke Amerika Syarikat, sementara kita rakyat Malaysia telah mempercayai bahawa ekonomi kita bergantung kepada pendapatan yang diperoleh dari GST.
Selama ini, kami percaya MAS akan menghadapi masalah kewangan namun syarikat penerbangan itu masih mampu untuk membeli kapal terbang baru. Dengan keadaan kewangan Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan ekonominya yang kukuh, maka menuntut semula pada Hari Malaysia ini supaya GST dimansuhkan.
Negara besar kita tidak perlukan lagi GST, seperti yang diungkapkan Perdana Menteri dimana kita mempunyai hasil yang lebih daripada cukup untuk menjadikan Amerika hebat.
Mari kita merayakan pada hari ini, hari Malaysia 16 September untuk mengingatkan diri kita pada lawatan Perdana Menteri ke Rumah Putih yang dikatakan sangat berjaya dan berterima kasih pada beliau kerana telah membuktikan bahawa kita tidak lagi memerlukan GST, dan tidak perlu lagi mengugut untuk membatalkan program-program wanita.
Kami juga menjangkakan belanjawan yang lebih tinggi daripada RM2.26 billion bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam bajet tahun depan.
Jika Pakatan Harapan menang dalam PRU14, kita akan hapuskan GST dan menjadikan harga petrol adalah lebih rendah.
*Zuraida Kamaruddin ialah Ahli Parlimen PKR Ampang dan Ketua Wanita Pakatan Harapan
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel ‘Malaysia bantu AS, tak perlulah GST’
Sekianlah artikel ‘Malaysia bantu AS, tak perlulah GST’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Malaysia bantu AS, tak perlulah GST’ dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/malaysia-bantu-as-tak-perlulah-gst.html