Judul : 'Menang Putrajaya bermula dari Johor'
link : 'Menang Putrajaya bermula dari Johor'
'Menang Putrajaya bermula dari Johor'
Pakatan pembangkang meletakkan Johor sebagai sasaran utama untuk menawan Putrajaya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Muhyiddin Yassin hari ini.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor, Muhyiddin berkata persiapan sudah dimulakan untuk menyusun jentera parti di setiap peringkat.
“Kami (HARAPAN) menganggap Johor sebagai sasaran utama.
“Ini bermakna isyarat kemenangan HARAPAN di Putrajaya akan dimulakan dengan kemenangan di Nusajaya,” kata anggota parlimen Pagoh itu merujuk pusat pentadbiran Johor.
Muhyiddin berkata sebagai sebahagian persiapan, kempen “Luaskan Harapan” dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang agenda dan janji pakatan pembangkang itu di kalangan rakyat.
Kempen itu dimulakn lebih awal daripada pelancaran rasmi HARAPAN Johor pada 29 September dan konvensyen negeri yang dijadualkan bulan depan, katanya.
Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada akan meletakkan calon berprofil tinggi di negeri itu.
“Tunggu dan lihat. Kita akan tahu apabila tiba masanya,” kata Pengerusi HARAPAN Johor itu yang turut menambah bahawa BERSATU dalam proses akhir menamakan senarai calon di Johor dan negeri lain.

Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 'Menang Putrajaya bermula dari Johor'
Sekianlah artikel 'Menang Putrajaya bermula dari Johor' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Menang Putrajaya bermula dari Johor' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/menang-putrajaya-bermula-dari-johor.html