‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’

‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’ - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’
link : ‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’

Baca juga


‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’


Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyelar pandangan segelintir pihak yang mendesak agar menutup pusat tahfiz persendirian susulan insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu.
Tegasnya, tindakan menutup pusat tahfiz yang tidak memenuhi syarat adalah tindakan tergesa-gesa.
“Pusat-pusat tahfiz ini sepatutnya dibantu mana yang kurang, tambahan pula institusi ini adalah gambaran kehendak rakyat.
“Saya fikir, pihak berkuasa perlu sediakan peruntukan dana yang lebih besar daripada yang mereka terima ketika ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas desakan segelintir pihak yang mahukan pusat tahfiz tidak mematuhi aspek keselamatan ditutup segera.
Desakan itu dibuat selepas kejadian yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru apabila rentung dalam kebakaran kira-kira 5.15 pagi Khamis lalu.
Kebakaran itu memusnahkan seluruh asrama di tingkat paling atas bangunan pusat tahfiz tiga tingkat berkenaan.
Ustaz Zamri yang juga Yang DiPertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Ipoh berkata, adalah tidak adil gesaan menutup pusat tahfiz, sedangkan kilang-kilang haram dibiarkan beroperasi dan tidak diambil tindakan yang sewajarnya.
Bahkan katanya, apa yang lebih penting, maahad tahfiz perlu diperkasa agar dapat mengeluarkan modal insan yang holistik.
Sebagaimana projek permata negara diharap menghasilkan modal insan, begitu juga maahad tahfiz, ia juga perlu kepada menghasilkan modal insan kepada negara ini,” katanya.










Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel ‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’

Sekianlah artikel ‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Pusat tahfiz kecoh disuruh tutup, kilang haram dibiar operasi’ dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pusat-tahfiz-kecoh-disuruh-tutup-kilang.html

Subscribe to receive free email updates: