Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan
link : Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

Baca juga


Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh orang dalam operasi berkaitan kes pencemaran alam sekitar termasuk pembalakan haram di sekitar Pahang dan Terengganu.
 
Empat individu ditahan di Pahang manakala tiga lagi di Terengganu.
 
Semua mereka yang berusia antara 32 hingga 62 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di kedua-dua negeri itu antara jam 10.30 pagi dan 3.30 petang, Isnin.
 
Di Pahang, mereka yang ditahan adalah Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya serta pemilik dan pengurus sebuah syarikat kontraktor.
 
Difahamkan, pegawai hutan daerah dan kakitangannya itu menerima rasuah daripada syarikat pembalakan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan atas kegiatan pembalakan haram antara tahun 2015 hingga tahun ini.
 
Di Terengganu, SPRM menahan tiga individu iaitu dua pemilik syarikat pembalakan dan seorang pemandu lori.
 
Suspek disyaki memberi rasuah untuk mengelakkan tindakan oleh penguat kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu kerana beroperasi tanpa lesen dan tidak mematuhi peraturan.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan tangkapan dan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek dalam kes itu.
 
"SPRM memandang serius kes seperti ini sehingga menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.
 
"Semua mereka yang ditahan akan direman esok untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM berhubung isu alam sekitar," katanya.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

Sekianlah artikel Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/rasuah-7-ditahan-termasuk-pegawai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :