Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu

Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu
link : Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu

Baca juga


Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR enggan menurut gesaan Datuk Ambiga Sreenevasan, sebaliknya meminta bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu memulakan langkah berbincang dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
 
Hal itu dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution merujuk kepada isu tersebut sehingga mewujudkan pertikaian dikalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH), lebih-lebih lagi PKR.
 
"Ambiga perlu berjumpa Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin PAS yang lain seperti Datuk Khairuddin Aman Razali, Nasruddin Hassan dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
 
"Kita minta Ambiga mulakan langkah itu ke arah mendapatkan persetujuan PAS supaya kita dapat pertandingan satu lawan satu," katanya kepada Antarapos.
 
"Hal selepas itu kita bincangkan nanti," kata Saifuddin ringkas apabila ditanya jika Ambiga menurut gesaannya itu.
 
Semalam Ambiga menggesa PH mengadakan rundingan dengan PAS dalam usaha mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.
 
Katanya pemimpin PH perlu menyedari hakikat pertembungan satu lawan satu sahaja dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN), dan percaya itulah juga yang menjadi tujuan PAS apabila berdepan dengan pilihan raya.
 
Menjelaskan lebih lanjut, Ambiga menegaskan rundingan itu hanya berkisar kepada pembahagian kerusi, bukan kerjasama antara PH dan PAS.
 
Pimpinan PH saling berselisih pandangan mengenai rundingan dengan PAS, malah bukan lagi menjadi rahsia dikalangan PKR apabila ada antara mereka menentang usaha berkenaan yang digerakkan oleh pemimpin mereka sendiri.
 
Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada 29 Ogos lalu memutuskan untuk menutup rundingan dengan PAS malah bersedia dengan pertandingan tiga penjuru pada PRU14.
 
Bagaimanapun surat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara menimbulkan polemik baru dalam PKR dan PH, apabila beliau dilihat merestui usaha Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berunding dengan parti berteras Islam itu.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu

Sekianlah artikel Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin minta Ambiga jumpa, bincang dengan PAS dulu dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/saifuddin-minta-ambiga-jumpa-bincang.html

Subscribe to receive free email updates: