Judul : Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR
link : Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR
Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan hampir RM6 bilion bagi membangunankan 120 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan 83,759 unit rumah telah disiapkan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), Jayaselan K. Navaratnam, sebanyak 41 projek PPR dengan 15,327 unit pula sedang dalam proses pembinaan manakala 23 projek dengan 10,066 unit masih dalam perancangan.
Sabah menjadi negeri yang dibina paling banyak PPR iaitu 26,199 unit, katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata pembinaan PPR bergantung kepada beberapa faktor antaranya jumlah permintaan yang tinggi oleh penduduk di sesebuah kawasan selain permohonan daripada kerajaan negeri untuk membina kediaman kos rendah.
“Projek yang melibatkan kategori PPR Disewa dan PPR Dimiliki disasarkan kepada penghuni setinggan dan golongan berpendapatan rendah yang pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi RM3,000 sebulan.
“Projek PPR Disewa disewakan dengan hanya RM124 sebulan manakala bagi PPR Dimiliki, kosnya ialah RM35,000 seunit di Semenanjung dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Mengenai permintaan terhadap PPR, Jayaselan berkata sambutannya amat menggalakkan kerana rumahnya disewa dan dijual dengan kadar cukup rendah berbanding kadar pasaran jenis perumahan lain yang boleh mencecah antara RM150,000 sehingga RM180,000 seunit.
“Subsidi kerajaan kepada PPR yang kadang kala mencecah lebih daripada 200 peratus merupakan inisiatif murni kerajaan dalam membantu golongan miskin untuk memiliki rumah idaman mereka sendiri,” katanya.
PPR diselia oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui JPN, yang terdiri daripada rumah bertingkat bagi kawasan bandar dan rumah teres untuk di pinggir bandar.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR
Sekianlah artikel Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/kerajaan-belanja-rm6-bilion-untuk.html