Judul : Kerajaan laksana pelan fiber seluruh negara
link : Kerajaan laksana pelan fiber seluruh negara
Kerajaan laksana pelan fiber seluruh negara
THE MALAYSIAN TIMES
PUTRAJAYA : Kerajaan telah memuktamadkan pendekatan untuk melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) yang dibangunkan bagi memperluas penyediaan dan
keupayaan perkhidmatan jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini.
Beliau berkata NFP akan dilaksanakan melalui perkongsian awam swasta yang berpotensi.
Katanya bukti konsep akan dilaksanakan tidak lama lagi di beberapa lokasi di Malaysia melibatkan bandar, pinggir bandar dan zon terpencil.
“Kita kini hidup dalam masa yang menarik dan ekonomi digital memerlukan kita untuk berfikir di luar zon selesa.
“Kita telah melibatkan beberapa pihak seperti Tenaga Nasional Bhd dan penggiat infra utama untuk memanfaatkan rangkaian fiber mereka sedia ada bagi membolehkan akses yang lebih luas dan pantas kepada jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Salleh berkata NFP ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet tahun ini, untuk menggandakan kelajuan jalur lebar pada harga lebih rendah menjelang 2019.
“Dengan NFP, kerajaan menjangkakan rakyat akan terus mendapat faedah daripada jalur lebar yang lebih berkualiti pada harga kompetitif dan membolehkan mereka memanfaatkan peluang-peluang yang diberikan oleh ekonomi digital,” katanya.— BERNAMA

Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kerajaan laksana pelan fiber seluruh negara
Sekianlah artikel Kerajaan laksana pelan fiber seluruh negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan laksana pelan fiber seluruh negara dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/kerajaan-laksana-pelan-fiber-seluruh.html