Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean
link : Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

Baca juga


Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

 
Mustapa Mohamed yakin projek sekiranya mendapat persetujuan daripada semua negara Asean dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.


mustapa-asean-proton


KUALA LUMPUR: Penyusunan semula Proton Holdings Berhad akan menyaksikan pemulihan semula projek Kereta Asean, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi memastikan projek Kereta Asean itu menjadi kenyataan, Proton perlu mendapatkan persetujuan daripada semua negara Asean.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menyelia industri automotif di negara ini merancang memulakan perbincangan dengan anggota ASEAN bagi menjadikan projek itu dapat dilaksanakan.

“Ia satu konsep yang baik tetapi butiran terperinci perlu diusahakan. Ia memerlukan banyak kerjasama dan mesyuarat,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Khazanah Megatrends 2017 (KMF 2017) di sini, hari ini.

Beliau berkata antara isu yang perlu diselesaikan dengan anggota Asean lain termasuklah asal kandungan tempatan, vendor dan komponen.

Mustapa, bagaimanapun, yakin projek itu akan dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.
“Lima tahun nampaknya munasabah untuk memulakan projek itu,” katanya.

Pada Februari 2015, Proton memeterai memorandum persefahaman dengan PT Adiputra Citra Lestari dari Indonesia untuk meluaskan lagi peluang perniagaan antara kedua-dua syarikat dalam membangun dan mengeluarkan Kereta Asean.

Projek itu, bagaimanapun, terbantut apabila Proton menjalani penyusunan semula dan Mustapa berkata: “Proton belum bersedia pada masa itu.”

Semalam (Ahad), semasa majlis karnival usahawan dan kerjaya, Mustapa berkata Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baru dilantik Li Chunrong akan membantu menggerakkan pengeluar kereta nasional itu melangkah ke pasaran global.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

Sekianlah artikel Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/menteri-penyusunan-semula-proton-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :