Judul : [SERANGAN DITERUSKAN] Tiga termasuk Naib Presiden PARTI WARISAN ditahan SPRM
link : [SERANGAN DITERUSKAN] Tiga termasuk Naib Presiden PARTI WARISAN ditahan SPRM
[SERANGAN DITERUSKAN] Tiga termasuk Naib Presiden PARTI WARISAN ditahan SPRM
KOTA KINABALU 5 Okt. - Tiga individu termasuk seorang Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan yang dipercayai bernilai RM180 juta.
Menurut sumber, dua lagi yang ditahan ialah seorang wanita berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah kementerian serta seorang ahli perniagaan di negeri ini yang berusia 52 tahun.
Sumber tersebut berkata, ahli politik berkenaan ditahan di pejabat SPRM negeri ketika hadir memberi keterangan pada pukul 6.40 petang ini.
“Wanita berkenaan ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8.15 malam ini manakala ahli perniagaan tersebut ditangkap di pejabat SPRM negeri pada pukul 8.45 malam.
“Wanita itu sebelum ini bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel [SERANGAN DITERUSKAN] Tiga termasuk Naib Presiden PARTI WARISAN ditahan SPRM
Sekianlah artikel [SERANGAN DITERUSKAN] Tiga termasuk Naib Presiden PARTI WARISAN ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [SERANGAN DITERUSKAN] Tiga termasuk Naib Presiden PARTI WARISAN ditahan SPRM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/serangan-diteruskan-tiga-termasuk-naib.html