Judul : Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat
link : Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat
Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat
ANTARAPOSSHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki berkhalwat di sebuah kondominium di Seri Kembangan, awal pagi Sabtu.
Sumber SPRM berkata, pihaknya maklum mengenai dua pegawainya ditahan JAIS.
Mstar Online melaporkan sumber JAIS mengesahkan tangkapan itu menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 3 pagi tadi.
Dipercayai lelaki yang ditahan adalah pengarah di salah satu bahagian SPRM, manakala pasangannya bertugas di bahagian yang mengendalikan urusan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Operasi melibatkan empat pegawai penguatkuasaan Jais.
"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengenai kedua-dua individu yang ditahan,” katanya ketika ditanya sama ada dua yang ditahan merupakan pegawai SPRM.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat
Sekianlah artikel Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/dua-pegawai-sprm-ditahan-jais-disyaki.html